Sekilas
- Yamani Abdillah mahu membina identiti dan kerjaya seni sendiri tanpa dibayangi nama bapanya, Jamal Abdillah.
- Beliau sedar cabaran dalam industri muzik tetapi yakin dengan kelebihan diri dan terus berusaha untuk berjaya.
- Netizen memberikan sokongan dan doa agar Yamani terus maju sebagai penyanyi.
Anak kepada penyanyi legenda, Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah meluahkan hasrat untuk membina identiti dan kerjayanya sendiri.
Ujar Yamani, selepas sekian lama, dia kini tidak mahu sekiranya perjalanan seninya dibayangi nama bapanya yang merupakan Raja Pop Malaysia itu.
“Bukan apa, aku dah hidup lama atas nama Jamal Abdillah. Sebagai seniman, aku ada impian yang aku nak bina kerajaan sendiri, bukan masih dibayangi kerajaan ayahnya.
“Faham kan? Aku sebagai Osama nak bina kerajaan sendiri, brand sendiri. Atas nama aku dan usaha sendiri,” kongsinya.
Meskipun berdepan pelbagai cabaran namun, alumni program Big Stage ini yakin dia mempunyai kelebihan tersendiri dan akan terus berusaha demi kariernya.
“Aku tahu jalan aku pilih ini struggle. Tapi itulah aku. Sebab aku tahu aku ada barang sendiri dan bapak aku akui yang aku mampu jauh lebih baik. Cuma masih usaha dan masa belum tiba. Sabar dan terus usaha,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata semangat dan mendoakan Yamani terus berjaya sebagai penyanyi.
Sumber: Threads