Skip to main content

Berita Tempatan

"Yang Mendekati Saya, Saya Jauhi" - Yusuf Bahrin Belum Sedia Cari Pengganti, Tak Kisah Digelar ‘Duda Hot’

"Yang Mendekati Saya, Saya Jauhi" - Yusuf Bahrin Belum Sedia Cari Pengganti, Tak Kisah Digelar ‘Duda Hot’

Sekilas

  • Pelakon Yusuf Bahrin kini fokus pada kerjaya lakonan, perniagaan, dan keluarga selepas bercerai dengan penyanyi Zizi Kirana.
  • Yusuf belum terfikir untuk mencari pasangan baru dan tidak mahu perkara itu mengganggu fokus hidupnya.
  • Gelaran 'Duda Hot' yang diberikan kepadanya dianggap sebagai gurauan dan diterima selagi tidak melampaui batas.
Advertisement

Pelakon Yusuf Bahrin mengakui masih belum terfikir untuk mencari pasangan hidup selepas melalui episod perceraian dengan penyanyi Zizi Kirana.

Menurut Yusuf, 34, dia kini lebih selesa memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya lakonan, perniagaan dan keluarga berbanding memikirkan soal percintaan.

Advertisement

Malah, Yusuf mengakui tidak mahu kehadiran seseorang dalam hidupnya mengganggu fokus terhadap perkara yang sedang diusahakan ketika ini.

“Yang mendekati saya menjauhi. Saya belum berfikir ke arah mencari pasangan. Saya tak mahu ganggu fokus dengan apa yang saya sedang usahakan.

“Saya hanya fokus pada karier berlakon, berniaga dan keluarga.

“Kalau ke arah untuk percintaan, belum lagi. Saya juga tak letak target, hanya nikmati hidup yang sekarang,” katanya kepada Gempak.

Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran drama TV3, ‘Perempuan Sesudah Lafaz’ di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), pada Selasa.

Dalam pada itu, ditanya mengenai gelaran ‘Duda Hot’ yang diberikan kepadanya, Yusuf menganggap perkara tersebut sekadar gurauan daripada orang ramai.

Advertisement

Bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah menerima gelaran berkenaan selagi gurauan tersebut tidak melampaui batas.

“Gelaran itu saya rasa mereka bergurau saja.

“Saya terima saja, selagi tidak melampaui batas. Nak bergurau, saya okey cuma jangan sampai melebih,” ujarnya.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Bagaimanapun, pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata itu sah bercerai dengan talak satu secara raj‘i pada 2 April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

(NEW) (lovito Refine) Casual Dress Button Spring/summer Apricot Dress for Women LR29A026 (Lovito Refine) Gaun Kasual Corak Butang Musim Bunga/musim Panas Aprikot untuk Wanita LR29A026

(NEW) (lovito Refine) Casual Dress Button Spring/summer Apricot Dress for Women LR29A026 (Lovito Refine) Gaun Kasual Corak Butang Musim Bunga/musim Panas Aprikot untuk Wanita LR29A026

New Arrival Streetwear T-shirts, Cool Graphic Print, 200gsm Cotton, Unisex Short Sleeve, Oversized Design (S-3XL)

New Arrival Streetwear T-shirts, Cool Graphic Print, 200gsm Cotton, Unisex Short Sleeve, Oversized Design (S-3XL)

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

(Refine by Lovito) Cute Dress Plaid Tie Front Smocked Summer/Spring Dress for Women LR2AD007 (Refine by Lovito) Gaun Comel Bertali Kotak-kotak Di Bahagian Depan Gaun Musim Panas/musim Bunga Untuk Wanita LR2AD007

🔥Local Delivery😎Plus Size Men's Straight Cut CEO Formal Pants Loose Elastic Business Trousers Casual Pant Seluar Slack Lelaki Office Wear

🔥Local Delivery😎Plus Size Men's Straight Cut CEO Formal Pants Loose Elastic Business Trousers Casual Pant Seluar Slack Lelaki Office Wear

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

Must Watch Video

Advertisement