Skip to main content

Berita Tempatan

Yazmin Aziz Cipta Sejarah, Artis Malaysia Pertama Beraksi Di Wish Bus

Astro Gempak yazmin wishbus

Sekilas

  • Yazmin Aziz menjadi artis Malaysia pertama yang membuat persembahan di platform terkenal Wish 107.5 Wish Bus, yang ditayangkan secara rasmi pada 4 Mei 2026.
  • Dalam sesi tersebut, Yazmin mempersembahkan single terbaharunya berjudul "Nagpalinlang", lagu pertama dalam bahasa Tagalog yang mendapat perhatian pendengar Filipina.
  • Yazmin juga dikenali sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan nyanyian Silk Way Star di Kazakhstan dan mempunyai pengaruh besar di media sosial dengan lebih 1.9 juta pengikut di TikTok.
Advertisement

Penyanyi Yazmin Aziz mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis Malaysia pertama yang membuat persembahan di platform terkenal dunia, Wish 107.5 Wish Bus.

Persembahan yang dirakam pada 20 Januari lalu itu secara rasmi ditayangkan pada 4 Mei 2026, sekali gus meletakkan Yazmin dalam kalangan artis yang pernah tampil di platform muzik paling berpengaruh di Asia.

Advertisement

Wish Bus yang diasaskan oleh stesen radio Filipina, Wish 107.5 terkenal sebagai studio rakaman bergerak bertaraf dunia yang sering menjadi lokasi persembahan eksklusif artis antarabangsa. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, platform itu berjaya melahirkan pelbagai persembahan tular dengan jutaan tontonan di YouTube.

Kemunculan Yazmin dianggap satu pencapaian besar bukan sahaja buat dirinya, tetapi juga industri muzik Malaysia secara keseluruhan.

“Berada di Wish Bus ibarat melangkah ke pentas global di mana seluruh dunia boleh mengenali anda.

“Ia bukan sekadar persembahan, ia adalah pintu masuk ke dalam budaya muzik yang sangat dihormati,” menurut pemerhati industri.

Menerusi sesi tersebut, Yazmin mempersembahkan single terbaharunya berjudul Nagpalinlang, lagu pertama nyanyiannya dalam bahasa Tagalog yang kini mula mendapat perhatian pendengar Filipina di seluruh dunia.

Dilancarkan di bawah Sony Music pada Januari lalu, lagu tersebut membawa tema kesedaran diri selepas melalui pengalaman dikhianati dalam percintaan.

“Ia bukan lagu putus cinta; ia adalah lagu kesedaran,” jelas Yazmin mengenai maksud di sebalik karya tersebut.

Sebelum ini, Yazmin turut mencipta perhatian antarabangsa apabila mewakili Malaysia sebagai satu-satunya peserta Asia Tenggara dalam pertandingan nyanyian Silk Way Star di Kazakhstan.

Selain aktif dalam muzik, Yazmin juga mempunyai pengaruh besar di media sosial dengan lebih 1.9 juta pengikut di TikTok menerusi kandungan pelbagai bahasa dan gaya penceritaan yang dekat dengan kehidupan seharian.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement