Skip to main content

Viral

YouTuber IShowSpeed Mahu Puasa Penuh, Ajar Adik Maksud Ramadan

Astro Gempak  IShowSpeed

Sekilas

  • YouTuber IShowSpeed berkongsi hasrat untuk menjalani ibadat puasa penuh 30 hari sepanjang Ramadan tahun ini.
  • Beliau menerangkan kepada adiknya bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga iman dan hawa nafsu dari terbit hingga terbenam matahari.
  • IShowSpeed pernah menjalani ibadat Ramadan pada 2023, namun tidak pernah mendedahkan kepercayaan agamanya secara terbuka sebelum ini.

YouTuber IShowSpeed menarik perhatian apabila memberitahu rencana untuk menjalani ibadat puasa seperti umat Islam di seluruh dunia pada Ramadan tahun ini.

Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr., itu juga mengatakan ingin melaksanakan ibadat puasa penuh 30 hari yang disifatkan sebagai momen paling magis bagi umat Islam.

Pengakuan itu dibuat sewaktu IShowSpeed menaiki kereta bersama adiknya yang dikenali sebagai Jamal, baru-baru ini seperti dilihat daripada perkongsiannya di YouTube IShowSpeed.

Bintang youtuber berusia 21 tahun itu dilihat bersemangat saat memberi penjelasan tentang bulan puasa kepada adiknya.

“Ramadan sudah dekat dan saya ingin ikut berpuasa,” katanya sebelum Jamal bertanya mengenai pengertian puasa.

IShowSpeed kemudian menjelaskan sepanjang bulan Ramadan umat Islam bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga tetapi menjaga iman serta hawa nafsu sejak matahari terbit sehingga terbenam.

“Tidak boleh makan atau minum dan puasa sebenarnya mengajar diri kita menjadi berdisiplin.

Jamal juga terkejut mengetahui ibadat puasa perlu dijalan selama sebulan.

“Saya ingat sehari, tapi satu bulan?”tanyanya.

IshowSpeed sebelum ini pernah memberitahu menjalani ibadat Ramadan pada tahun 2023 namun tidak pernah mengumumkan tentang kepercayaan dan agamanya.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement