Skip to main content

Hiburan

Zahirah MacWilson Mahu Habiskan Hari Tua Dengan Berkebun & Mengembara Bersama Suami - “Nak Duduk Dekat Tempat Yang…”

ASTROGEMPAK Zahirah

Sekilas

  • Pelakon Zahirah MacWilson bercita-cita untuk menetap di kawasan yang tenang dengan pemandangan cantik dan mengurus kebun serta pokok bunga apabila sudah tua.
  • Dia juga merancang untuk mengembara bersama suami dan meneroka satu benua selama dua hingga tiga bulan, serta mengajak anak dan cucu jika mereka ada masa terluang.
  • Drama terbaru Zahirah, Good Boys Go To Heaven, kini ditayangkan setiap Jumaat pukul 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal melalui Astro GO dan aplikasi Sooka.
Advertisement

Pelakon Zahirah MacWilson menyimpan hasrat untuk menetap di kawasan yang tenang berserta pemandangan cantik ketika usianya sudah lanjut. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Zahirah berkata ketika itu dia hanya mahu membuat kebun dan menjaga pokok bunga sahaja. 

 

“Dah tua nanti saya nak duduk dekat tempat yang tenang, pemandangan cantik. Buat farming dan jaga pokok bunga saja,” kata isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza. 

 

Dalam pada itu, pelakon drama Good Boys Go To Heaven ini juga mahu mengembara bersama suami dan meneroka satu benua dalam masa dua hingga tiga bulan. 

Advertisement

 

Malah, dia juga teringin mengajak anak dan cucunya bersama-sama melalui pengalaman tersebut jika ketika itu mereka mempunyai masa terluang. 

 

“Lepas itu travel sana sini dengan husband. Duduk dua tiga bulan explore satu continent. Bila anak/cucu ada waktu terluang, mereka boleh turut serta sekali. Ah bestnya!” kongsinya. 

 

Untuk info, drama Zahirah bersama Beto Kusyairy dan Amirul Affendi berjudul Good Boys Go To Heaven kini ditayangkan setiap Jumaat pukul 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement