Skip to main content

Hiburan

Zarina Anjoulie ‘Sound’ Selebriti Bersikap Sombong - “Nak Rembat Je Kadang-Kadang…”

Astrogempak ANJU

Sekilas

  • Zarina Anjoulie luah pandangan supaya orang ramai tak buang masa tegur artis yang sombong dengan peminat kerana mereka tak peduli.
  • Dia juga kongsi bahawa sesama artis pun kadang-kadang tak layan dan ada yang berlagak macam artis Hollywood walaupun di Malaysia.
  • Netizen puji Zarina sebagai artis yang mesra dan tak sombong, sering sapa dan layan peminat dengan baik bila berjumpa.

Pelakon dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie mencuri perhatian ramai apabila meluahkan pandangannya mengenai sikap segelintir selebriti yang didakwa bersikap sombong terhadap peminat.

Menerusi satu hantaran di Treads, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berpendapat orang ramai tidak perlu membuang masa menegur artis yang tidak menghargai peminat.

“Tak payahlah nak buang masa tegur artis. Diorang pun tak hairan dengan korang.

“Jangan cakap dengan peminat, sesama artis pun kadang-kadang layan tak layan. Nak rembat je kadang-kadang. Kat Malaysia je kot tapi berlagak macam artis Hollywood,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap Zarina yang disifatkan mesra dan tidak sombong apabila bertemu peminat.

“Anju tak sombong. Pernah jumpa dalam lif PV21, dia pula yang tegur saya. Tiba-tiba dia bercerita pasal kereta dia kena towing. Saya pula yang jadi pendengar masalah dia masa itu.

“Kami pernah terserempak dengan Anju tujuh tahun lepas di Petrosains KLCC ketika dia bawa anak berjalan-jalan. Saya senyum, Anju senyum balik.

“Anju memang terbaik. Saya pernah bekerja di Potato Corner di Nilai dan dia selalu datang membeli. Memang ramah, saya pula yang segan nak bercakap.

“Kadang-kadang peminat bukan nak bergambar atau minta tandatangan pun. Bila artis senyum balik, kami dah rasa dihargai.

“Yang penting Anju tak sombong. Friendly gila bila jumpa.

“Hahaha, Anju antara artis yang saya pernah tegur. Dia terus tegur balik. Memang tak sombong langsung.

“Kalau terserempak dengan dia dan tegur, confirm dia ajak borak macam dah lama kenal,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement