Skip to main content

Selebriti

Zarul Umbrella Kongsi Sebab Seat Perlu Ditegakkan Ketika ‘Take-Off’ & ‘Landing’ - “Ini Adalah Masa Paling Crucial…”

Zarul take off landing

Sekilas

  • Zarul Umbrella jelaskan sebab kru kabin suruh penumpang tegakkan tempat duduk dan buka penutup tingkap masa pesawat nak berlepas dan mendarat.
  • Tempat duduk kena tegak supaya penumpang mudah keluar kalau berlaku kecemasan, manakala tingkap dibuka untuk memudahkan pemeriksaan keadaan luar pesawat.
  • Penjelasan Zarul dapat perhatian netizen yang baru faham pentingnya prosedur keselamatan dalam penerbangan.

Penyanyi yang juga merupakan bekas pramugara, Zarul Umbrella tampil menjawab persoalan netizen mengenai arahan kru kabin yang meminta penumpang menegakkan tempat duduk dan membuka penutup tingkap sebelum pesawat berlepas serta mendarat.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zarul berkata fasa berlepas (take-off) dan mendarat (landing) merupakan tempoh paling kritikal dalam sesebuah penerbangan kerana kebanyakan insiden kemalangan berlaku ketika itu

“Masa take off landing ni adalah masa paling crucial dalam flight di mana banyak crash terjadi waktu ni.

“Jadi reason kenapa kena tegakkan tenpat duduk tu bila mana jadi kejadian yang tak diingini macam kapal tergelincir ke atau apa saja lah, senang untuk penumpang keluar sebab seat dah tegak.

“Kalau seat tak tegak maybe jadi halangan masa nak keluar,” jelasnya.


Dalam masa sama, Zarul turut menerangkan bahawa arahan membuka penutup tingkap pula bertujuan untuk memudahkan penilaian keadaan di luar pesawat sekiranya berlaku kecemasan.

“Dan tingkap tu buka sebab apa-apa kita boleh tengok kat luar sama ada, ada api ke semak ke hutan ke kat luar so kita boleh ambik tu sebagai panduan,” maklumnya.


Perkongsian Zarul itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui baru memahami kepentingan prosedur keselamatan berkenaan, selain mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement