Skip to main content

Selebriti

Zizan Tak Kisah Bersedekah - “Kadang-Kadang Dalam RM10 Yang Ada, RM3 Sahaja Sahaja Milik Kita, Selebihnya Milik Orang Lain”

Zizan Tak Kisah Bersedekah

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak merupakan antara selebriti yang terkenal dengan sikap dermawan dan gemar menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Zizan atau atau nama sebenar, Mohd. Razizan Abdul Razak, 41, berkata apa yang dilakukan bukanlah disebabkan mencari perhatian atau pujian, sebaliknya ikhlas kerana Allah dengan tujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

Advertisement

“Saya buat kerana Allah, apa yang saya dapat hari ini pun bukan kerana saya seorang, tapi sebab doa orang ramai termasuk ibu bapa dan peminat. 

“Saya percaya apa yang saya dapat bukan milik saya seorang, jadi saya kongsi ketika orang lain dalam keadaan susah.

“Perkara ini kalau boleh saya suka sorok, tetapi saya fikir ada baik Allah buka cerita ini bukan untuk saya rasa bangga, tapi untuk beri inspirasi kepada orang. 

“Itu sahaja, saya fikir positif kerana saya takut kebanggaan itu akan melalaikan saya. Kadang-kadang dalam RM10 yang kita ada, RM3 sahaja milik kita, selebihnya RM7 itu milik orang lain. 

“Jadi jangan risau, kalau kita ikhlas akan ada rezeki lain yang sampai. Kita buat baik bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri,” ujarnya.

Zizan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Polis Evo Wonda-Ful 10 Years, iaitu sambutan sempena 10 tahun francais filem itu di TGV Suria KLCC pada Rabu.

Bagaimanapun kata Zizan, dia juga pernah berdepan dengan taktik licik segelintir yang cuba mengambil kesempatan sehingga sanggup menipu dengan pelbagai alasan demi meraih simpati.

Namun, Zizan memilih untuk sentiasa berhati-hati dan cuba membantu dengan apa yang termampu.

“Kes yang menipu atau ‘scam’ banyak, mebabitkan lebih ribuan ringgit, memang banyak kalau saya hendak cerita. Selagi Allah bagi saya bernafas dan sihat, saya bersyukur sebab boleh terus cari rezeki.

“Kalau sudah terbukti dia susah dan saya mampu, saya beri seikhlas mungkin. Tapi, kalau was-was, saya pun macam dekat tengah-tengah. 

“Ada yang saya pernah bagi, kemudian selepas itu dia minta lagi dengan beritahu untuk emak dia, kalau tidak kena potong kaki dan sebagainya. 

“Saya kesian, tapi lepas dapat dia datang lagi, jadi mungkin itu ‘scam’. Apapun saya cuba sedaya upaya,” katanya.

Terdahulu, nama Zizan tular di media sosial melalui perkongsian daripada individu yang menerima bantuan biarpun dia sama sekali tidak pernah menghebahkan segala amal kebajikan dilakukan.

Daripada itu, netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap Zizan yang dianggap sebagai contoh terbaik dalam kalangan selebriti tanah air.

Malah bintang filem Polis Evo ini juga menjadi tular selepas Amir Raja Lawak mendedahkan Zizan merupakan antara orang yang menghulurkan sumbangan kepadanya.

Must-Watch Video

Advertisement