,
The Hardest Singing Show

THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

Umirah Halim
10/06/2024
12:55 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mengakui persembahannya pada minggu kelima konsert The Hardest Singing Show (THSS) diinspirasikan daripada persembahan penyanyi Naim Daniel ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-34.

Konsep sesuai

Menurut Aepul, konsep tersebut bersesuaian dengan tema pada minggu tersebut iaitu Ilusi LED.
Jadi, dia memilih untuk menggabungkan konsep LED tersebut dengan penampilan solekan 2D yang pernah dipersembahkan oleh Naim Daniel.
"Ya inspirasi, terima kasih banyak-banyak sorry Naim Daniel pinjam idea.
"Bila saya dapat tema Ilusi LED dalam kepala saya kita perlu bersatu dan masuk dalam LED itu.
"Jadi saya nak grafik di belakang itu adalah 2D cartoon supaya cerita graphic design lebih mudah.

"Jadi saya memilih untuk buat 2D, dengan kekangan masa yang terhad sebab itu.

"Semua orang ingat Naim Daniel pernah buat konsep 2D makeup ini jadi kita gabungkan itu," katanya ketika ditemui Gempak. Persembahan penyanyi berusia 36 tahun ini telah berjaya dinobatkan sebagai juara minggu kelima apabila telah meraih markah tertinggi.
Bagi tugasan minggu seterusnya kesemua peserta akan mempersembahkan persembahan yang bertemakan 'Emosi Instrumentasi'.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Edry Kata Perfect 10! Aepul Roza Rampas Takhta Tangga Pertama, Ini Senarai Markah Penuh Minggu Kedua

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama. Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show * Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow. * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Korang dah tengok filem The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther Dibawa Ke Mahkamah

gempak
12/09/2024
04:25 MYT
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Hiburan

Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

gempak
10/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi Gilga Sahid menjadi perhatian apabila aksinya melempar mikrofon ketika membuat persembahan di atas pentas di sebuah pusat beli belah di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.