Skip to main content

Selebriti

Ikmal Amry Beri ‘Hint’ Nama Anak, Mula Huruf ‘M’ - “Clue Pemain Bola”

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Ikmal Amry berkongsi tentang nama anak ketiganya yang dikaitkan dengan nama pemain bola sepak bermula dengan huruf M.
  • Ramai netizen dan rakan artis meneka nama anaknya dengan cadangan nama pemain bola dari Piala Dunia 2026.
  • Ikmal dan isteri, Najla Shamsul, baru sahaja menimang cahaya mata ketiga selepas berkahwin pada 1 Disember 2020.

Baru sahaja menimang cahaya mata, pelakon, Ikmal Amry mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran mengenai nama anak ketiganya.

Menerusi perkongsian di Threads, Ikmal berkata bahawa ramai yang bertanya pada dirinya mengenai nama si kecil itu.

Menjawab pertanyaan ramai, bekas hero remaja itu kemudian memberi ‘hint’ bahawa nama anaknya mempunyai kaitan dengan nama pemain bola sepak.

“Ramai yang tanya nama anak nombor tiga. Macam biasa nama anak saya mudah sahaja. Clue dia nama pemain bola. Mula huruf M,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis turut meneka nama anaknya idengan masing-masing mencadangkan nama pemain bola di Piala Dunia 2026.

“Haaland Hakimi.

“Bruno Fernandes Ismail.

“Haaland Wasahlan,”komen netizen.

Terdahulu, Ikmal berkongsi berita gembira apabila dia dan isteri, Najla Shamsul selamat menimang cahaya mata ketiga.

Sekadar info, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 1 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie,5 dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

[Carton] Aiwibi Comfy Dry Baby Diaper Tape / Pants (3 Packs) 1.8mm Ultra Thin

[Carton] Aiwibi Comfy Dry Baby Diaper Tape / Pants (3 Packs) 1.8mm Ultra Thin

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Must Watch Video

Advertisement