Cokelat dan bunga mawar selalu menjadi identik saat Valentine tiba. Pada tanggal itu, 14 Februari setiap tahun, hari kasih sayang itu disambut dengan beragam gaya oleh pasangan dalam memberi apresiasi di antara satu sama lain.
Dan selain cokelat atau bunga mawar, musik adalah peneman paling sakral buat kita untuk menikmati rasa cinta dengan cara tersendiri.
Shakespeare juga malah pernah berkata: "Jika musik adalah makanan untuk cinta, maka mainkanlah.”
Dalam banyaknya tembang cinta di ranah musik Indonesia, penyanyi Afgan antara yang paling banyak punya kisah cinta dalam lagu lagu dendangannya.
Vokalnya yang membuai, melodi lagu yang lembut serta lirik yang sentiasa menohok membuat kebanyakan lagu milik Afgan dekat dengan setiap pendengarnya.
Tentulah sosok tampan, sopan dan senyum manisnya menjadi extra bonus buat pria berusia 29 tahun yang sempat digosip punya hubungan mesra dengan beberapa wanita termasuk penyanyi kondang, Rossa.
Penyanyi yang telah merilis empat album studio dan 1 mini album religi serta pernah berkolaborasi dengan penyanyi wanita termasuk Raisa, Rossa dan Sherina ini punya banyak lagu dengan pelbagai pesanan cinta yang bisa didengarkan oleh semua.
Sempena Valentine, Gempak.id meletakkan lima lagu cinta fenomenal milik penyanyi dengan nama aslinya, Afgan Syahreza.
Jika mau membangkitkan mood sementara menikmati Valentine yang sebenar besok, yuk klik link di bawah ini untuk menikmati tiga lagu cinta milik Afgan.
Dan salah satunya klip ini menyaksikan Afgan berduet dengan penyanyi yang baru selamat melahirkan anak sulungnya, Raisa.
Semua klip menariknya hanya di Gempak.ID.
1. Terima Kasih Cinta
Album : Confession No. 1
Tahun : 2008
Fakta: Terima Kasih Cinta adalah lagu yang memperkenalkan Afgan dan menjadi fenomenal dalam ranah musik Indonesia dan Malaysia pada tahun 2009. Afgan pernah dicalonkan sebagai Best of the Best Newcomer di Anugerah Musik Indonesia.
2. Pesan Cinta
Album: L1ve to Love, Love to L1ve
Tahun: 2013
Fakta: Pesan Cinta pernah dicalonkan dalam anugerah musik tertinggi di Malaysia yaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) sebagai Lagu Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Antarabangsa.
3. Panah Asmara
Album: The One
Tahun: 2010
Fakta: Panah Asmara memenangkan kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Musik Indonesia dan Favorite Music Video di Kawanku Celebs Awards pada tahun 2012.
4. Jodoh Pasti Bertemu
Album : L1ve to Love, Love to L1ve
Tahun : 2013
Fakta: Pada tahun 2014, lagu Jodoh Pasti Bertemu dicalonkan dalam kategori Most Exciting Song di Anugerah Global Seru dan ikut nominasi dalam Indonesian Movie Awards sebagai favorite soundtrack Madre.
5. Bukan Cinta Biasa
Album : The One
Tahun : 2010
Fakta: Bukan Cinta Biasa masuk nominasi Indonesian Movie Awards pada tahun 2010 di Indonesia Movie Awards sebagai favorite soundtrack untuk film dengan judul sama.
6. Knock Me Out
Album: SIDES
Tahun: 2016
Fakta: Knock Me Out telah dicalonkan dalam Selebrita Awards menerusi kategori Most Celeb Song dan Dahsyatnya Award for Outstanding Video Clip tahun 2016.
Kredit Foto: Instagram Afgan
Gempak ID
Wed Feb 13 2019
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique