Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi setiap kategori sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama yang dibuka pada 29 Januari 2020 ditutup secara rasmi 25 Februari lalu.

Menariknya tahun ini AME 20 bakal menampilkan kelainan baharu dengan mengundang selebriti versatil, Alif Satar sebagai pengacara utama. Alif bakal digandingkan bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagi mengendalikan pentas AME 2020 buat kali pertama.

Selain itu, pentas AME 20 akan diserikan dengan persembahan eksklusif selebriti popular seperti Naqiu, Ernie Zakri, Floor 88, K-Clique, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

Lagu tema AME 20 tahun ini pula dinyanyikan oleh Dina Nadzir, Syamel, Tuju (K-Clique) dan Sophia Liana (De Fam).

Mengetengahkan tema “Epik Glam’ dalam tagline “Yang Epik, Yang Lagend”, ia bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 21 April, jam 9 malam eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Juga boleh diakses menerusi Astro Go dan On Demand.

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir bagi setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula Selasa sehingga 12 April jam 12 tengah hari.

Kredit foto: InTrend Malaysia


AME 20 Versi 4K UHD

Buat pertama kalinya, Astro menawarkan siaran kandungan televisyen tempatan pertama di Malaysia dalam format resolusi 4K UHD menerusi penganjuran ‘Anugerah MeleTOP ERA 2020’ (AME 2020).




Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2020