Read

Apa Nak Jadilah Orang Kita Bila Pergi Open House — Ada Pecahkan Pasu, Tinggal Pampers Anak...

gempak
Public Anonymous User
20/06/2019
23:00 MYT
Sponsor Banner
Apa Nak Jadilah Orang Kita Bila Pergi Open House — Ada Pecahkan Pasu, Tinggal Pampers Anak...
Oleh: Afiza Kamarulzaman

Intrend Raya 1

Kredit foto: Google

HUJUNG minggu ini pasti ramai mahu mengadakan rumah terbuka. Inilah keindahan beraya di Malaysia di mana kita mengamalkan budaya rumah terbuka yang sangat unik dan sebenarnya amat digalakkan dalam Islam.
Meraikan tetamu, menjamu makan dan bersilaturahim adalah amalan mulia yang memberi kebaikan kepada tuan rumah juga tetamu.
Namun, sayangnya ada kala amalan mulia ini bertukar tragedi apabila ada tetamu yang datang membawa onar yang kemudiannya menyusahkan tuan rumah.
Antara Tragedi Ngeri Rumah Terbuka Yang Biasa Berlaku
1. Anak-anak selerakkan rumah
itu perkara biasa. Maklumlah budak kecil kalau dah ramai-ramai, jumpa macam-macam benda baru, mestilah excited! Namun kalau sampai selerakkan rumah orang seperti tongkang pecah, ibu bapa jangan buat-buat tak tahu saja.
Ada yang sampai tumpahkan air pun, ibu bapa buat tak reti. Kalau boleh lapkanlah semula.

Intrend raya 2

Kredit foto: Google

2. Lampin anak buang merata
Bagi yang beranak kecil pula, pasti mohon untuk menggunakan tandas atau bilik untuk menyalinkan lampin anak dan sebagainya. Boleh. Tuan rumah pun faham.
Tambah-tambah yang datang dari jau. Tapi, pastikan selepas sudah menggunakan tandas itu jangan dibuang lampin bersisa najis itu di situ. Sebelum ke bilik air, minta tuan rumah plastik agar boleh dibungkus elok lampin itu dan buang di tempat yang sepatutnya.

intrend raya 3

Kredit foto: Google

3. Jangan sentuh barang berharga
Terutamanya barang-barang fragile seperti pasu, koleksi pinggan mangkuk atau apa sahaja hiasan yang disusun dalam peti azimat.
Mungkin salah tuan rumah juga yang tidak menyimpan sahaja barangan tersebut di bilik khas atau kunci almari itu! Tetapi itu hak tuan rumah. Kita yang datang ke rumah orang inilah yang kena waspada.
Awas anak-anak setiap masa. Kalau rasa susah untuk berlama-lama, habis makan beransurlah. Tak perlu duduk berjam-jam.

intrend raya 4

Kredit foto: Google

4. Jangan sentuh haiwan peliharaan orang
Didik anak-anak untuk sayangkan haiwan walaupun di rumah dia tidak tahu makna binatang peliharaan. Ada kes yang berlaku di depan mata saya, anak berusia sekitar enam tahun memukul kucing peliharaan neneknya sehingga mati.
Dan emak ayahnya memang nampak rasa bersalah yang kemudian hanya mampu cakap, “Ya Allah!”. Mungkin bagi mereka sudah sampai ajalnya.
Ada juga kes yang bagi ikan dalam kolam makan sehingga mati kembung perut ikan itu. Macam-macam kes pembunuhan di Hari Raya ya.

intrend raya 6

Kredit foto: Google

5. Buka Tutup Peti Ais
Dan kes daripada anak-anak juga. Memanglah orang kata, kadang-kadang anak-anak kecil ini memberi ujian kepada mak ayah. Ada yang terpaksa menahan malu kerana anak-anak.
Ada yang membiarkan anak-anak meluru ke dapur terus buka tutup pintu peti ais orang. Masuk ke bilik tuan rumah, panjat katil, melompat-lompat sehingga patah. Aduhai. Tegurlah.
Tidak semua orang boleh faham sikap budak-budak yang hyper active.

Intrend raya 6

Kredit foto: Google

6. Menjadi Juri Awam Tak Bertauliah
Memang ramai yang datang dengan pelbagai persepsi kepada tuan rumah dan rumah. Ada yang suka nak komen makanan ini sedap, makanan itu kurang. Tidak kurang juga rasa dia ada sijil Interior Design, untuk memberi pendapat tentang dekorasi rumah tuan rumah.
Konon cat warna ini tak sesuai. Sofa itu besar sangat. Meja ini patutnya bujur. Dapur kena bagi luas. Tandas tolak ke belakang. DIAMMMMMM!!!! Batasi segala yang keluar dari mulutmu itu.

Kredit foto: Google

7. Minta Tapau Makanan
Masih ada lagi sikap begini di kalangan orang zaman sekarang ya. Kena tahu membezakan kenduri zaman dulu-dulu di kampung dengan majlis kecil seperti rumah terbuka yang kebanyakannya masak sendiri atau katering.
Di mana, biasanya kuantiti menu yang disediakan agak terhad. Tambahan pula jika kamu tetamu awal, pasti tuan rumah bimbang kalau makanan tidak cukup sehingga ke akhir majlis.
Wujud ya tetamu yang minta dibungkuskan makanan dengan alasan ada ahli keluarga di rumah yang belum makan. Malas untuk masak atau singgah membeli makanan katanya.

Intrend 8

Kredit foto: Google

8. Jangan Minta Yang Tiada
Tuan rumah lazimnya pasti sibuk menguruskan tetamu yang tak putus-putus. Jadi, tetamu janganlah banyak songeh sangat. Ada yang sudah disediakan air sejuk, mahu pula air panas.
Ada yang sudah ada nasi minyak, minta pula dimasakkan nasi putih. Oh, kalau tidak ada menu yang kena dengan tekak, balik nanti singgahlah mana-mana kedai dan belilah sendiri.
Kesian tuan rumah yang tak menang tangan untuk memenuhi hajat semua tetamu.

Intrend raya 8

Kredit foto: Google

Intrend raya 9

Kredit foto: Google

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024