,
gaya hidup

Baru Tahu Buatan Jepun Disebalik Payung Gergasi Masjid Nabawi – Kagum Tengok Saat Ia Dibuka, Ditutup.

Huda Hussain
10/09/2021
02:00 MYT
Rindu menggamit pada destinasi nan satu ini. Tempat yang kebanyakan orang berkata sukar dilontarkan dengan kata-kata untuk menggambarkan betapa tenang dan syahdunya menjejakkan kaki ke sini. Itulah keistimewaan Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Menjadi lokasi wajib untuk diziarahi bagi umat Islam yang menjalani ibadah haji mahupun umrah. Kerana didalamnya bersemadi makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kredit Foto: IG umroh_ukm
Jujurnya penulis belum berkesempatan tiba di kota suci ini. Dan setiap kali mendengar cerita ahli keluarga dan teman rapat akan keistimewaan Masjid Nabawi, Raudhah; tercuit rasa cemburu. Apatah lagi kala menonton klip video kawasan sekitarnya, melihat interior di skrin televisyen mahupun telefon pintar, hati seolah-olah menjerit bilakah agaknya akan direzekikan untuk memijak lantai juga karpet merah dan hijau disini. Allahu, moga dengan sifat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akan hamba-Nya, penulis juga akan terpilih untuk ke sini. Insya-Allah.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Apabila terbaca muat naik Zunita Ramli, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Jepun, mengenai informasi disebalik penciptaan payung gergasi di Masjid Nabawi ini membuatkan penulis terpanggil untuk turut sama berkongsi. Antara lain tulisnya:
Rasanya ramai antara kita pernah nampak payung gergasi dekat Masjid Nabawi di Madinah, kan? Tapi mungkin ramai tak tahu payung gergasi yang sangat cantik ni dibuat oleh salah sebuah syarikat Jepun, iaitu Taiyo Kogyo.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Sebenarnya amat mencabar nak buat payung ni. Pelbagai standard ketat yang digariskan oleh Arab Saudi, seperti payung ni hendaklah ringan, cukup besar tapi boleh dibuka dan ditutup setiap hari dengan cepat, tahan sinaran UV dan cukup kuat untuk tahan cuaca ekstrim di Timur Tengah. Akhirnya, semua standard ketat ini dapat direalisasikan.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Teknologi Penciptaan, Rekaan Payung Mempunyai saiz lebih kurang 25.5m setiap sisi, 250 buah payung gergasi di Madinah Haram Piazza ni meliputi keluasan lebih kurang 143,000 meter persegi. Ini bermakna, keluasan payung ni melebihi keluasan lantai masjid ni sendiri.
Struktur membran ‘suspension’ guna 100% fabrik PTFE, bermakna ianya ringan tetapi kuat. Bayangkan 1meter persegi, beratnya hanya sekitar 900g & ketebalan hanya 0.6mm! Jadi tak hairanlah kalau payung ni memerlukan tiga minit je untuk buka dan tutup setiap hari.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Hebat kan? 100% fabrik PTFE bermakna payung ni tak mudah terbakar, mempunyai ketahanan yang tinggi untuk tahan keadaan cuaca ekstrim di Timur Tengah. Kombinasi design ini juga menjadikan suhu bawah payung ini dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sehingga 8°C.
Hiasan Guna Saduran Emas Tulen Menariknya, corak kompleks yang menghiasi payung serta bahagian hiasan yang ada pada payung ni juga menggunakan penyaduran emas tulen ya.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Tapi kenapa syarikat Jepun ni dipilih? Sebenarnya Taiyo Kogyo adalah syarikat yang sangat berpengalaman dalam pembuatan membran. Ditubuhkan pada tahun 1922, kepakaran yang mereka ada memang tak dapat dipersoalkan lagi lah, hampir 100 tahun tu. Taiyo Kogyo ni juga adalah syarikat yang pertama bina arena membran pertama di dunia dan merupakan yang pertama di dunia yang buat membran bawah laut.
#CatatanZunitaDiJepun p/s: Special thanks to Kaiji Wada for the info about this post.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Tambahan info in case ada yang confuse: Kontraktor utama projek Medina Haram Piazza: Kumpulan Saudi Binladin (Presiden: Pengurus Besar Projek Eng. Bakr Binladen: Eng. Talaat Mously) ◆ Konsep dan reka bentuk seni bina: SL Rush (Jerman) ◆ Pembuatan sistem payung besar, pemasangan di lokasi: Liebherr (Jerman) ◆ Pembuatan khemah payung besar: Taiyo Kogyo Corporation (Jepun) Projek ni membabitkan beberapa kontraktor dari banyak negara, let alone the tiles and everything. Semuanya dari negara-negara dan syarikat yang berprestij untuk hasilkan yang terbaik.
Harap bermanfaat inshaAllah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Che Puan Juliana Evans Dorong Tengku Kamaliah Jadi Anak Seni - "Saya Tiada Masalah Kalau ..."

gempak
06/11/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans tiada halangan sekiranya puteri sulung kesayangannya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah ingin terlibat dalam dunia seni.
Hiburan

“Saya Pernah Terfikir Untuk Berhenti” - Shahir

gempak
14/10/2024
20:55 MYT
Penyanyi, Shahir mendedahkan bahawa dia pernah berfikir untuk berhenti dari bidang nyanyian.
Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
14/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia! Pereka Fesyen FM Group Gabung Teknologi AI Dalam Pertunjukan Fesyen Kebaya - "Kami Akan Guna Konsep Sama Dalam ..."

gempak
04/10/2024
05:30 MYT
Meskipun fesyen moden semakin popular, busana tradisional Melayu tetap kekal istimewa dan semakin diminati oleh generasi muda.
Viral

Kecoh Budak Didakwa Bawa iPad Pada 1941

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Kecoh baru-baru ini apabila timbul dakwaan kewujudan komputer riba keluaran syarikat Apple, iPad, pada tahun 1941 gara-gara sekeping gambar hitam putih.
Unitar