gaya hidup
"Diri Sendiri Kena Bahagia Dulu Baru Mampu Rasa Bahagia Dan Membahagiakan." – Prof Dr Muhaya
Hakikat sebuah perkahwinan bagi sesetengah orang mungkin sukar difahami. Bagi yang ‘single’ misalnya mungkin beranggapan tak punya pasangan atau masih belum temui cinta sejati itu sudah cukup sunyi. Tetapi sebenarnya ideologi ini harus diperbetulkan dalam konteks yang lebih luas.
Ada beberapa perkara yang kadang orang 'single' salah faham tentang perkahwinan. Mereka rasa 'single' sudah cukup sunyi, padahal ramai juga orang berkahwin yang rasa lebih sunyi. Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada 'encouragement'. Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih 'sakit' berbanding orang 'single' sebenarnya.
Kredit Foto: Google
Mereka rasa 'single' tak ada orang sayang, tak ada orang tunjuk kasih, tak ada orang pujuk bila merajuk. Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. No body care.
Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ia berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan. Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak 'kanser' yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri.
Kredit Foto: Google
Saya suka pesanan Prof Muhaya, "Jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan."
Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan. Barulah rumahtangga tersebut bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah.
Kredit Foto: Google
Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami. Anak-anak melihat ibubapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. Dari ibubapalah anak-anak belajar semua itu.
Oleh itu wahai orang 'single', jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi. Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga.
Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk 'taaruf', bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumahtangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama.
Sumber: Facebook Pakar Diari Hati
Must-Watch Video