,
Highlights

IBU BAPA – Seawal 2 Hingga 3 Tahun, Ajarkan Anak-Anak Buat Kerja Rumah Sebagai Langkah Awal Berdikari.

Huda Hussain
11/08/2020
07:24 MYT
Melihat anak yang sudah berusia enam tahun dipakaikan stoking dan kasut sebelum ke sekolah mencetuskan perasaan yang tidak senang dalam hati. Sudahlah bekal makannya disiapkan ibu, uniform seragam sekolah dibasuh dan digosok ibu. Dan apa yang baru sahaja terhidang di hadapan mata cukup menjerat rasa. Si anak pula leka bermain game di telefon bimbit sambil si ibu merangkul kaki memaikan kasut stoking. Kalau beginilah lagaknya dilayan mengalahkan anak raja, sampai bila anak itu mahu belajar melakukan semua sendiri?
Kredit Foto: Google
Dan apabila ditanya kepada si ibu, jawapannya pula sekadar mahu menyelamatkan keadaan dan membela fiil si anak. “Alah lagipun dah lambat tadi. Itu yang tolong pakaikan semua untuk dia”. Apabila di soal selidik dengan pembantu rumah pula, “Hari-hari memang puan yang siapkan Rayyan. Mandikan, pakaikan baju, suapkan sarapan, pakaikan stoking. Semuanya puan yang buat.” Memang parah jawabnya.
Kemahiran asas seperti menguruskan diri dan amalkan kebersihan harus diterapkan sejak anak kecil lagi. Bukan apa, biarkan mereka terbiasa melakukannya semua kerja. Supaya boleh diharap dan tahu lakukan sendiri andai ibu bapa tiada di rumah. Membaca posting Dr Redza Zainol di laman Facebooknya membuatkan penulis terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca mengenai pentingnya ibu bapa ajarkan ilmu yang satu ini kepada anak-anak. Tidak kiralah sama ada anak lelaki atau perempuan, layanan dan pendekatannya harus sama. Baca huraian selanjutnya.
Kredit Foto: Google
Makin lama saya tengok budak ni, makin dia menjadi-jadi. Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik. Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg. “Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?” Maknya cuma tersengih-sengih. “Dia tak nak pakai gelas. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”
Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya. Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.
Anak bawah dua tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur dua tahun, kita dah boleh latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores). Boleh guna teknik single step command (satu arahan):
Contoh: Tolong ambilkan tuala mandi. Atau guna teknik 2 steps command (2 arahan dalam 1 ayat): Contoh: Tolong ambil pampers ni dan buang ke dalam bakul / tong sampah.
Dua-dua teknik ni sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun. Senang je kan. Bila anak tak dilatih:
  • Dia hilang rasa bertanggungjawab.
  • Dia tak pandai urus masa.
  • Keyakinan diri jadi rendah.
  • Tak pandai jaga kebersihan.
Kredit Foto: Google
Anak usia 2-3 tahun ni:
  • Kena tahu wajib kemas mainan sendiri.
  • Biar dia belajar lap meja dan lantai.
  • Biar dia biasa letak baju kotor dalam bakul.
  • Letak pinggan dan cawan plastik dalam sinki lepas makan.
  • Galakkan dia angkat barang yang ringan.
Lepas mereka buat, kita ucapkan terima kasih, bagi pelukan dan puji anak best-best tau. Barulah anak lelaki tahu, kerja-kerja rumah ni bukan kerja orang perempuan semata.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.