Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Isteri dan Ibu Tak Ngam? SUAMI Main Peranan Penting – Jangan Ambil Mudah Hubungan Dingin Keduanya.

Afiza Kamarulzaman 07/12/2020 | 10:20 MYT
Memang banyak terjadi dalam masyarakat kita hubungan isteri dan ibu mentua bagai anjing dengan kucing. Ada yang tidak boleh bertentang mata apa lagi untuk duduk semeja. Sayang sekali kerana hubungan dingin itu dibiarkan berlarutan dengan toksid berlama-lama sehinggakan di hujung nyawa si ibu.
Ada juga yang sampai akhirnya bercerai apabila isteri tidak mampu lagi untuk terus menjadi ‘menantu palsu’ kepada si mentua. Apa tindakan si suami? Hanya diam membisu dan tidak pernah cuba untuk memulihkan kerenggangan itu? Sikap kebanyakan suami yang tidak ambil peduli dan lebih suka membiarkan saja menjadi punca isteri dan ibu mentua terus hidup berantakan.
Kredit Foto: Google
Kedinginan Berpunca Daripada Ketidakfahaman
Ya, selalunya krisis isteri dan ibu suami berpunca daripada dua manusia yang tidak pernah mengenali tiba-tiba hidup dalam sebuah keluarga. Seseorang yang kita kenali selepas sudah dewasa dan harus menerima cara hidup mereka yang berbeza. Mana mungkin mendapat keserasian jika masing-masing tidak saling cuba faham-memahami.
Dapat pula jenis yang ego dan sentiasa mahu orang lain memulakan sesuatu tindakan baik. Ada juga yang suka menguji sikap seseorang dengan sengaja mengacum perkara tidak indah dalam hubungan. Maka, ia akan membenih rasa benci dan sakit hati yang tidak berkesudahan. Daripada seremeh-remeh isu akhirnya membawa kepada permusuhan kekal.
Kredit Foto: Google
Suami Jangan Ambil Mudah
Suamilah sebenarnya tunggak utama dalam memastikan hubungan kedua wanita penting ini dalam keadaan baik dan dijauhi sengketa. Jangan sesekali bersikap tidak peduli dan pentingkan diri. Hanya melepaskan sesak diri sendiri tanpa memikirkan perasaan kedua individu ini. Kamu mungkin boleh hidup dalam situasi ‘lantaklah’ tetapi tidak bagi isteri dan ibu.
Bagaimana boleh suami bertindak?
#Suami #Menantu #Ibu Mentua
;