Pempengaruh media sosial, Sajat menyuarakan pendapat peribadinya mengenai kontroversi yang melanda pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Sajat ramal

Menerusi hantaran di akaun X, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman mendakwa ramalannya mengenai jumlah individu yang tidak pernah ‘kantoi’ berhubungan dengan Aliff benar belaka.

“Aku dah kata kan, yang kantoi 11 orang, itu dalam sistem, yang tak ada dalam sistem korang tak nampak kan?

“Aku cakap korang tak nak percaya, aku dah tilik dah nok! Hmm ko ader!!!,” tulisnya.

Reaksi netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan yang dibuat oleh Sajat.

“Wah sampai Sajat buat audit.

“Sajat dah agak awal, kita je lalai.

“Sajat tetap up to date isu semasa.

“Boleh jadi ahli nujum.

“Aku sumpah tak pernah tak percaya jat ni. Dia macam ada spy kat dalam Malaysia ni. Eventho duduk Ausie, tapi semua hal kat malaysia ni dia tahu,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, pendedahan seorang wanita dipercayai ‘kekasih gelap’ Aliff Aziz bernama Sarah Yasmine yang meluahkan rasa kecewa kerana didakwa telah dicurangi Aliff Aziz menggemparkan orang ramai baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa tujuan sebanar dia membuat pendedahan tersebut adalah kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca oleh netizen keseorangan.

Berita Trending: “Dia Menumpang Di Rumah Saya” - Ini Kronologi Hubungan ‘Gelap’ Aliff Aziz…

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…