Highlights
Ramadan – Bulan Terbaik Latih Diri Bersedekah, Tanam Sifat Pemurah. Jangan Hadkan Bulan Ini Saja, Teruskan Istiqomah.
Kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadan sememangnya cukup istimewa kepada mereka yang benar-benar menghargai dan memanfaatkan kedatangan bulan ini. Baik daripada segi amal ibadatnya, ganjaran pahala dan segala kebaikan didalamnya menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
Menjadi kelaziman juga apabila kita lihat amalan bersedekah dipraktikkan sepenuhnya dalam bulan ini. Mungkin sekecil-kecil sedekah yang selalu kita amalkan adalah berkongsi dan bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran tetangga. Malah lebih menarik sepanjang PKP ini, ada yang tidak melepaskan peluang berkongsi rezeki bersama barisan hadapan negara, selain memberi bantuan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan sebagainya. Sungguh, tumpang gembira melihatnya. Bahagia dan puas rasanya apabila kita berpeluang dan dapat membantu, menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan.
Kredit Foto: Google
Sedekah itu juga simbolik kepada tanda kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Walaupun sedikit, tetapi jika ia diberi dengan seikhlas hati, pasti nilainya berlipat kali ganda. Tetapi tahukah anda sebenarnya sedekah tidak terhad kepada pemberian sesuatu misalnya harta atau wang ringgit semata-mata. Bahkan menurut Islam, terdapat keutamaan dalam bersedekah yang boleh kita amalkan untuk menuai pahala. Salah satu sebab Rasulullah S.A.W memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadan adalah kerana bersedekah di bulan ini lebih dahsyat berbanding sedekah di bulan lainnya. Diantara keutamaan sedekah di bulan Ramadan adalah:
Kredit Foto: Google
1. Puasa Digabungkan Dengan Sedekah Dan Solat Malam Sama Dengan Jaminan Syurga.
Puasa di bulan Ramadan adalah ibadah yang agung. Daripada sebuah hadis qudsi yang bermaksud ‘Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadis Riwayat Muslim)
Dan sedekah, telah kita ketahui keutamaannya. Kemudian solat malam, juga merupakan ibadah yang agung jika didirikan di bulan Ramadan dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu. Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang yang solat malam kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga-tiga amalan yang agung ini terkumpul di bulan Ramadan dan jika semuanya dilakukan balasannya adalah jaminan syurga. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Kredit Foto: Google
2. Mendapat Tambahan Pahala Puasa Daripada Orang Lain.
Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadan. Bayangkan jika kita bisa menambah pahala puasa dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat kali ganda. Subhanallah! Dan ini bisa terjadi dengan sedekah, iaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (Hadis Riwayat. At Tirmidzi)
Padahal hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga butir kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain. “Rasulullah S.A.W biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah). Jika tidak ada maka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tiada maka dengan beberapa teguk air.” (Hadis Riwayat. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud)
Betapa Allah SWT sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala dengan begitu luasnya di bulan yang penuh berkat ini.
Kredit Foto: Google
3. Bersedekah Di Bulan Ramadan Lebih Dimudahkan.Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadan adalah bahawa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah. Tidak dapat dimungkiri bahawa pada dasarnya manusia mudah terpedaya godaan syaitan yang selalu mengajak manusia meninggalkan kebaikan. Syaitan berkata: “Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (Surah. Al A’raf, ayat 16)
Kesannya sehingga manusia enggan dan 'berat' untuk beramal. Namun di bulan Ramadan ini, Allah mudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana dikabarkan oleh Rasulullah S.A.W: “Jika datang bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (Hadis Riwayat. Bukhari dan Muslim )
Dan realitinya apabila kita melihat sendiri betapa suasana Ramadan begitu berbeza dengan bulan lain, lebih-lebih lagi dengan PKP yang dilaksanakan kerajaan; maka sewajarnya kita rebut peluang ini. Sama-sama kita tiupkan semangat melakukan amalan kebaikan yang mungkin biasanya tidak dilakukan di bulan-bulan lain. Subhanallah.
Sumber: http://mufti.kedah.gov.my/
Must-Watch Video