Oleh: Huda Hussain

Boleh YB perkenalkan diri juga serba sedikit cerita mengenai keluarga dan sebagainya?

Saya dilahirkan di Setiawan, Perak. Emak saya berasal dari Melaka manakala ayah pula berasal dari Pulau Pinang.

Saya adalah anak keenam daripada tujuh adik-beradik, mempunyai lima abang dan seorang adik lelaki. Saya adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Tidak lama menetap di Setiawan Perak, keluarga berpindah ke Penaga, Pulau Pinang. Di sana saya mendapatkan pendidikan pra sekolah dan kemudian berpindah semula ke Setiawan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Selamat selama enam tahun.

Selepas itu kami sekeluarga berpindah ke Selangor dan saya meneruskan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Buloh.

Keluarga kami sering berpindah-randah kerana ayah dahulunya adalah kakitangan di Kementerian Pertahanan.

Maka proses perpindahan dalam negeri itu dianggap sudah menjadi kebiasaan kerana ada kalanya ayah berpindah disebabkan kenaikan pangkat dan sebagainya.

A post shared by 楊雪嬅 (@young.syefura) on

Sedap dan indah nama Young Syefura, mungkin ada kisah di sebaliknya yang bisa dikongsi?

Oleh kerana saya dilahirkan di Perak dan sudah menjadi identiti bagi masyarakat Perak menggelarkan anak perempuan sulung sebagai Yong manakala anak lelaki sebagai Yeop.

Mungkin ayah mahu mengabadikan kenangan ketika kami menetap di Perak, sementelahan saya seorang sahaja yang dilahirkan di sana; maka diolah ejaan Yong kepada Young.

Menurut emak juga padanan nama Young Syefura mengambil inspirasi nama puteri bongsu kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, iaitu Raja Yong Sofia.

A post shared by 楊雪嬅 (@young.syefura) on

Bagaimana pula dengan karakter ibu bapa, jika tidak keberatan untuk huraikan buat makluman bersama?

Ayah seorang yang tegas dan garang malah kurang bercakap dengan anak-anak. Kami tujuh beradik pun kurang berkomunikasi dengan ayah kerana takut. Emak pun begitu juga, malah lebih garang daripada ayah.

Misalnya jika dahulu balik lewat usai bermain waktu petang, tidak mendengar kata atau melakukan kesalahan; maka singgahlah rotan, hanger dan apa jua yang sempat dicapai (ketawa).

Dalam ketegasan dan garangnya emak saya, dia seorang yang rajin bekerja. Dahulunya kami pernah membuka gerai di rumah dan pernah memiliki restoran.

Saya juga pernah membantu emak menjual aneka kuih- muih, nasi lemak, roti canai, gula-gula dan lain-lain untuk dijual kepada rakan-rakan dan cikgu-cikgu di sekolah.

Semua itu dilakukan demi mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kami adik- beradik.

Saya rapat dengan emak, dari dulu sampai sekarang walaupun sudah berumahtangga. Pendek kata, kalau ada apa-apa mesti cari emak. Walau bagaimanapun, ketika masih bersekolah dahulu, saya agak pemalu untuk menunjukkan sifat kasih dan sayang kepada ibu bapa.

Misalnya jika tiba Hari Bapa, Hari Ibu atau hari lahir mereka; saya hanya menulis kad ucapan lalu diletakkan di meja.

Mungkin juga kerana kami sudah terbiasa dididik dan dibesarkan dengan cara berdikari, jika mahukan apa-apa perlu cari sendiri. Maka elemen-elemen yang bersifat peribadi itu agak kekok untuk dibiasakan.

Tetapi itu tidak bermakna saya tidak menyayangi mereka cuma perasaan itu tidak dizahirkan dengan ekspresi dan perbuatan sahaja.

Apatah lagi dahulu ketika kecil, saya seorang yang ‘tomboy’. Masakan tidak, adik-beradik semuanya lelaki. Panjat pokok dan segala macam aktiviti lasak sudah sebati dalam diri.

Sejak bila dan bagaimana detik penceburan YB dalam dunia politik, bagaimana ia bermula?

Sejak kecil lagi, kami adik-beradik sudah biasa mengikuti emak dan ayah menghadiri ceramah-ceramah parti politik. Emak dan ayah orang kuat Parti PAS tetapi cuma bergelar ahli biasa dan tidak memegang jawatan-jawatan penting.

Apabila masuk ke sekolah menengah, saya tidak lagi mengikuti mereka ke ceramah-ceramah politik. Tetapi apabila penghujung pengajian sewaktu menyambung pelajaran di kolej, barulah saya berjinak-jinak untuk mendalami dunia politik.

Ketika itu saya hanya menonton di televisyen mengenai rusuhan dan kekecohan dalam perhimpunan demonstrasi jalanan Bersih 2.0.

Selepas itu, barulah kami seisi keluarga turun padang dan beramai-ramai menyertai perhimpunan Bersih 3.0. Rentetan itu saya dan keluarga bergiat aktif dalam politik.

Terima kasih kepada Encik Syamsulzaidi, Encik Akmal, Encik Jamal, Encik Huzairie dan keluarga kerana menerima kehadiran saya beraya di rumah mereka. Mereka semua adalah pemenang pertandingan Selfie #RaRayaKetari. Bukan setakat makan dan berkenal-kenalan sahaja, kami juga sempat bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu setempat. Sempat juga beraya di rumah orang kuat saya semasa kempen PRU14 lepas, Saudara Aeri dan Abang Rostan. #YoungBersama #RaRayaKetari ? @saifvl

A post shared by 楊雪嬅 (@young.syefura) on

Bagaimana YB berhadapan dengan tohmahan, kritikan atau komen-komen jika ada yang berpendapat parti politik diwakili kini sekadar hanya memanipulasi martabat atau maruah sebagai anak Melayu, komen?

Jika ia diberi atau dikemukakan berlandaskan fakta, saya akan beri maklum balas dengan menghuraikan penjelasan yang sewajarnya. Namun demikian, jika ia dilontarkan atas dorongan emosi atau sumpah-seranah misalnya; saya abaikan sahaja.

Kerana pada saya, unsur-unsur negatif seperti ini tidak perlu dilayan. Malah saya fikir sebarang penjelasan dan huraian tidak mampu menutup mulut atau memuaskan hati mereka yang seolah-olah mahu menjadi hero dalam media sosial tetapi tidak boleh menerima apa yang mahu dijelaskan.

Saya maklum mengenai cabaran dan tekanan yang bakal ditempuhi ketika memilih untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP).

Namun saya tidak pernah melihat DAP sebagai parti untuk kaum Cina sahaja tetapi saya kagum dengan polisi yang diketengahkan, lebih bersifat terbuka dan stabil berbanding parti-parti politik lain.

Menjadi salah satu matlamat saya menyertai parti ini untuk menarik lebih ramai masyarakat Melayu agar stigma DAP hanya untuk masyarakat Cina dapat ditangkis.

Selain itu penyertaan Dyana Sofya turut menarik minat saya menyertai DAP. Namun demikian saya akui, bukan mudah membuat keputusan sebelum itu. Saya ambil masa sebulan memikirkan apakah implikasi, kebaikan dan sebagainya sebelum nekad dengan keputusan ini.

Saya akui tidak menolak dakwaan apabila dikatakan penyertaan saya dalam DAP semata-mata mahu meraih posisi tertentu lantas dilantik sebagai wakil rakyat. Ya, saya punya sasaran tersendiri.

Tujuan saya menyertai parti ini bukan sekadar menjual wajah atau meraih populariti. Tetapi saya percaya, setiap apa yang dilakukan harus berpaksikan perancangan dan impak yang akan memanfaatkan semua.

Namun untuk meraih itu semua, saya perlu bekerja keras selain memperkasakan diri dengan ilmu politik. Dan untuk itu saya memilih menyertai bengkel Sekolah Demokrasi anjuran parti ini. Ia akan bermula pada Ogos ini.

Di sinilah saya akan berdamping dengan barisan ahli politik berpengalaman dan mempelajari selok-belok perjalanan juga hala tuju parti.

A post shared by 楊雪嬅 (@young.syefura) on

Angin perubahan yang mahu dibawa dan diperkenalkan?

Saya mahukan kemajuan dan kemakmuran negara yang boleh dinikmati semua pihak tanpa meminggirkan sesiapapun, barulah ia bersifat adil.

Juga saya mahu perkenalkan arena politik yang boleh digerakkan oleh anak muda. Kerana pada saya, inilah masanya untuk anak-anak muda kita keluar dan bangkit serta dalam masa sama memberikan idea-idea yang lebih baik dan bernas demi masa hadapan mereka.

Dalam pada itu, saya mahukan politik yang berdasarkan ideologi dan polisi yang bukannya berlandaskan kepada politik yang kotor atau berteraskan kepada kebencian. Malah saya berpendapat kita perlu hentikan politik yang bersifat perkauman.

Biarlah masyarakat kita tidak dipecahkan oleh kefahaman politik kerana kalau kita perhatikan, suasana dalam kalangan masyakat hari ini banyak didorong oleh perpecahan politik perkauman dan agama.

Saya lebih cenderung dalam isu perjuangan hak wanita, ibu tunggal dan kelompok gelandangan. Hal ini kerana mungkin latar belakang pekerjaan dahulu (jururawat) mempengaruhi dan sedikit-sebanyak memberi kesan malah saya berasakan cabang isu ini lebih dekat dengan saya.

Permasalahan ini harus diangkat dan diberi perhatian sewajarnya agar secara tidak langsung isu kemiskinan tegar dapat dibasmi, golongan yang terpinggir dapat dibantu dan semua itu dilakukan tanpa prejudis. Seperkara lagi, saya mahu lihat lebih ramai penglibatan wanita muda dalam arena politik.

Dalam hal ini, saya berpendapat kita masih lagi kekurangan pemimpin wanita muda yang berani tampil ke hadapan mengutarakan dan memperjuangkan hak rakyat. Jika ada sekalipun mungkin YB Nurul Izzah atau selain daripadanya saya tidak pasti.

Kita perlukan lebih ramai pelapis pimpinan wanita muda yang benar-benar berjiwa rakyat dan berani bersuara. Yang akan merintis jalan ke arah perubahan sekali gus mempamerkan ciri-ciri pemimpin yang baik untuk diteladani masyarakat.

Semua ini penting agar mandat dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat tidak disalah ertikan.

A post shared by 楊雪嬅 (@young.syefura) on

Mengapa memilih dunia politik dan tidak cabang lain sebagai wadah apa yang mahu diperjuangkan?

Sebelum terjun ke gelanggang politik, saya menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu pergerakan masyarakat sivil dan menyertai Solidariti Anak Muda Malaysia. Kemudian, daripada situ semakin lama saya kian aktif dalam cabang politik.

Saya fikir sudah sampai satu tahap bagi negara ini jika kita mahu lakukan perubahan, ia harus dimulakan dengan perubahan politik terlebih dahulu. Kerana jika kita tidak menyertai politik, kita tidak akan mampu lakukan perubahan itu dari dalam.

Menerusi politik juga saya dapat meneruskan perjuangan dan matlamat dalam skala yang lebih besar dan meluas. Jika dilihat dari faktor luaran, ya kita menunaikan kewajipan sebagai warganegara dengan mengundi.

Tetapi impaknya tidak begitu meluas. Kerana saya percaya, apabila berada dalam dunia politik, ahli politik yang akan menentukan dasar, polisi dan perlaksanaan bagi kebaikan semua.

Apabila kita mampu mengubahnya, ia secara tidak langsung akan membantu kita tampil dengan dasar, polisi dan pelaksanaan yang lebih baik serta sekali gus akan membantu serta memanfaatkan masyarakat yang selama ini mungkin tertindas, terpinggir dan sebagainya.

Sokongan dan penglibatan suami dalam perjuangan ini, sejauh mana ia membantu?

Sejak belum berkahwin lagi kami sudah bersama-sama menerangkan hala tuju dan apa yang mahu saya lakukan. Dan oleh kerana suami memahami, ia jauh lebih mudah merancang untuk ke peringkat berikutnya.

Malah saya bersyukur dikurniakan suami yang bukan sahaja supportive tetapi dalam masa sama turut membantu dalam banyak perkara. Sehinggalah selepas berkahwin, dia turut sama memberi sokongan penuh dan banyak membantu.

Umpamanya sokongan yang diberi tidak berbelah-bahagi. Dalam pada itu suami saya adalah pengkritik tegar dalam apa yang saya lakukan kini sebagai wakil rakyat dan dia juga banyak memberikan panduan dan idea-idea untuk saya menyermpurnakan tugas hari ini.

A post shared by 楊雪嬅 (@young.syefura) on

Sebagai wakil rakyat baru dan masih muda, apa yang YB persiapkan untuk memperkasa ilmu dan pengetahuan?

Saya fikir tiada nukilan buku atau sesiapa yang boleh menghuraikan menghuraikan secara spesifik bagaimana menjadi wakil rakyat yang baik. Secara peribadi, saya banyak bertanya dan mendapatkan bantuan dan pengetahuan daripada rakan-rakan politik yang lebih senior lagi berpengalaman.

Hal ini kerana saya yakin untuk menjadi wakil rakyat yang baik, kita sendiri perlu menjadi seorang individu yang jujur, amanah dan bertanggungjawab agar dapat diteladani masyarakat di luar.

Kalau mahu dilihat daripada aspek isu dan polisi, saya akan mencari, mengumpulkan maklumat dan cuba memahami masalah atau sesuatu isu itu sebelum saya membuat sebarang keputusan.

Pada saya jika ia tidak difahami atau saya sendiri tidak turun padang melihat permasalahan yang berlaku; saya tidak mendapat gambaran yang jelas.

Justeru ia membantu saya mencapai keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak.

Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”

Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”

Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup

Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup

Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
Rasa Seperti Satu Penghinaan - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari

"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari

Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan

Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"

Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof

Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof

Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah

Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah

Tak sabar nak tengok filem The Experts!
18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase

18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase

Selepas 18 tahun kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024.
Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”

Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”

Isu Sarah Yasmine seakan-akan tidak surut apabila ada sahaja pihak yang ingin turut serta memberikan pandangan dan perhatian terhadap apa yang berlaku. Terbaharu, penerbit dan pelakon, Erma Fatima turut membuat kenyataan membidas Sarah terhadap tindakannya membuka ‘pekung’ artis-artis di Malaysia dan meminta supaya pihak berkuasa di negara ini me
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - Buang Masa, Duit, Usaha

Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"

Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl