Kisah kesetiaan Edika menjaga isterinya, Hidayah sudah lama diketahui umum dan menjadi inspirasi kebanyakan pasangan. Sehingga kini, ramai yang tidak jemu mendengar perkongsian ini kerana ada sahaja sesuatu bermanfaat keluar daripada mulut mereka yang boleh dijadikan pedoman.
Dalam program Borak Kelamin setiap Isnin jam 9 malam siaran Astro Ria kali ini menampilkan Edika Yusuf bercerita perihal Cinta Luar Biasa. Setuju. Inilah contoh pasangan yang mengulit cinta luar biasa dalam kehidupan rumah tangga mereka walau sudah bertahun-tahun bersaam daripada isterinya sempurna sehinggalah kini tinggal tiga suka badan saja berfungsi.
Sembilan Hari Koma, Anak di Tingkat 1, Isteri di Tingkat 2
Walaupun titik hitam itu berlaku tahun 2005, namun sehingga kini detik itu tidak mungkin luput daripada ingatan mereka berdua, apatah lagi buat Edika yang menjadi saksi kesengsaan isteri melawan sakitnya ketika itu.
Didiagnosis sebagai penyakit keradangan otak waktu itu, isteri hanya diberikan harapan 50/50 kerana kuman yang sudah merebak ke otaknya pada tahap serius. Ketika itu anak yang baru dilahirkan juga terpaksa ditahan wad. Isteri terlantar di tingkat dua, manakala anak di tingkat satu hospital yang sama.
Sepanjang sembilan hari isteri koma, hospital bagaikan rumah rasminya. Ia umpama tempoh darurat yang menuntutnya turun naik ke dua-dua aras hospital itu untuk memantau keadaan anak dan isteri. Dugaan hebat yang sungguh mencekalkan hati.
“Selepas sembilan hari koma, doktor memberitahu saya, jika dalam masa beberapa jam isteri buka mata, maka ada harapan untuknya kembali ke pangkuan kami. Jika sebaliknya, jika dia terus menutup mata, kami kena reda pemergiannya,” tutur Edika.
Dipanjangkan usia, dengan kuasa Allah, isteri membuka matanya. Namun, dalam keadaan muka strok, kedua biji mata sudah tersasar dari tempatnya, lumpuh badan, bisu, pekak dan kehilangan ingatan. Ketika diminta mahu melihat cermin, Hidayah hanya mampu menangis.
Dalam Komanya, Dia Ternampak Cahaya dan Hampir Memasukinya Tapi...
Selepas sudah beransur okey, Edika ada bertanyakan isterinya apa pengalaman yang dia masih ingat sepanjang koma itu? Sesuatu yang menyentak benak hatinya apabila Hidayah menceritakan bagaimana dia ternampak satu cahaya, kemudian dia bangun mahu menuju ke arah cahaya itu.
“Ketika berjalan ke arah cahaya tersebut, dia terfikirkan anak-anak, tapi katanya tak apa anak-anak, abang Edika ada untuk jaga. Kemudian, dia teruskan berjalan menuju ke situ. Namun, langkahnya terhenti apabila teringatkan Edika, siapa pula yang akan jaga abang? Pada waktu itulah baru dia tersedar...” cerita Edika mengundang sebak seisi studio.
Inilah antara kekuatan Edika yang terus berada di sisi Hidayah. Kasih-sayang Hidayah tiada tolok-bandingnya, dibawa sehingga ke setiap nafas dan lenanya. Pengorbanannya ini tak mungkin terbalas dengan cinta yang ada dalam hati Hidayah.
Kahwin Lagi? Biarlah Saya ‘Repair’ Isteri Saya Ini
“Soal mahu kahwin lagi ni, bukan hanya orang luar yang tanya. Malah, ibu saya sendiri pernah mengutarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya begitu. Saya sendiri membesar dalam keluarga yang bapanya berpoligami, saya melihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Jadi, saya lihat kenapa saya ingin melukakan hati isteri saya sebegitu..” ujarnya jujur.
Daripada memikirkan hal kahwin lain, baiklah dia bantu isterinya untuk pulih kembali. “Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya semakin baik. Mukanya bertambah cantik, memori semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja di rumah seperti berjualan online.” Luah Edika mengundang sebak di hati Elly Mazlein ketika itu.
Apabila ditanya bagaimana untuk seorang suami kekal setia dengan isteri dalam keadaan isteri begitu? Jawab Edika bersahaja,
“Kita jangan hanya berserah kepada Allah tanpa melakukan sesuatu. Berusahalah untuk bantu isteri menjadi lebih baik. Jangan pernah berputus-asa dan jangan lari daripada masalah kerana ia tidak akan membantu. Jaga isteri baik-baik, Insya Allah, rezeki kita pun akan dimurahkan. Ini yang saya nampak dalam kehidupan saya sendiri. Alhamdulillah, anak-anak pun baik-baik, isteri makin berdikari. Syukur...”
Afiza Kamarulzaman
Mon Apr 12 2021
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique