Sekilas
- Iqbal Zulkefli bertanya di Threads tentang sakit senggugut dan sama ada ia ada kaitan dengan keturunan.
- Dia berharap wanita sudi berkongsi pengalaman walaupun risau soalan itu mungkin buat mereka rasa segan.
- Ramai netizen wanita berkongsi pengalaman dan gambaran tentang rasa sakit senggugut yang dialami.
Hantaran usahawan dan pempengaruh Iqbal Zulkefli di Threads yang bertanyakan mengenai masalah sakit senggugut yang dialami golongan wanita ketika datang haid meraih perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian itu, Iqbal ingin mengetahui adakah masalah yang dihadapi para wanita setiap bulan mempunyai kaitan dengan keturunan.
“Siapa wanita di sini? Bolehkah saya tanya, macam mana sakit senggugut / period pain ya. Perumpaannya. Itu ada kaitan keturunan?” tanyanya.
Dibelenggu perasaan ingin tahu, Iqbal berharap ada wanita yang sudi berkongsi pengalaman dengannya namun bimbang persoalan itu akan membuatkan golongan hawa berasa segan.
“Adakah jadi rasa malu jika lelaki tanya berkaitan ini? Kalau sudi ceritakan pengalaman, ilmu dan apa-apa saja yang kita semua perlu tahu, saya teringin ambil tahu,” ujarnya.
Rata-rata netizen terutama wanita berkongsi pengalaman dan memberi gambaran rasa sakit sengugut.
Sumber - Threads