Skip to main content

Selebriti

Jualan Tiket Cecah 50 Peratus, Ungu Umum Marsha Milan Sebagai Artis Jemputan Khas - “Kami Percaya Dia Mampu…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Kumpulan legenda Indonesia, Ungu, akan mengadakan konsert ulang tahun ke-30 bertajuk "Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur" pada 5 September 2026 di Idea Live Arena.
  • Jualan tiket sudah mencapai 50% dan penganjur akan menambah kategori tempat duduk baru susulan permintaan yang tinggi.
  • Penyanyi terkenal Malaysia, Marsha Milan, dipilih sendiri oleh Ungu sebagai artis jemputan khas untuk konsert tersebut.

Bahang konsert “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” kini semakin dirasai apabila kumpulan legenda Indonesia, Ungu, bersedia untuk meraikan perjalanan seni tiga dekad mereka bersama peminat di Idea Live Arena pada 5 September 2026 ini.

Konsert ulang tahun ke-30 ini bukan sahaja menjadi simbol perjalanan panjang Ungu dalam industri muzik Nusantara, malah dilihat sebagai sebuah malam penghargaan buat peminat yang terus setia bersama mereka selama tiga dekad.

Sambutan luar biasa terhadap konsert ini turut dapat dilihat apabila jualan tiket kini telah mencecah 50%, sekaligus membuktikan keterujaan peminat untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah tersebut. 

Susulan permintaan yang semakin meningkat, pihak penganjur juga bakal menambah beberapa kategori tempat duduk baharu dalam masa terdekat.

Marsha Milan Dipilih Sendiri Oleh Ungu

Lebih menghangatkan keterujaan menjelang malam konsert, pihak penganjur turut mengumumkan bahawa penyanyi terkenal tanah air, Marsha Milan, bakal tampil sebagai artis jemputan khas.

Menariknya, pemilihan Marsha dibuat sendiri oleh anggota Ungu kerana mereka sudah lama mengikuti perjalanan seni Marsha dan percaya penyanyi tersebut mempunyai aura tersendiri yang sesuai untuk berkongsi pentas bersama mereka.

“Marsha mempunyai suara yang emosional dengan karakter yang kuat ketika menyampaikan lagu. Kami percaya beliau mampu membawa energi untuk malam ini. Kami benar-benar teruja untuk berkongsi pentas bersama Marsha di Kuala Lumpur dan tidak sabar untuk mencipta momen yang indah bersama peminat Malaysia,” kata Ungu.

Bukan Sekadar Konsert

Pengarah Konsert, En. Zairul Addry Helmy (COMs. Creative Studio) berkata, fokus utama penganjur adalah untuk memastikan malam tersebut terasa lebih dekat dan bermakna buat peminat yang telah membesar bersama muzik Ungu.

“Sejak pengumuman konsert ini dibuat, kami menerima reaksi yang sangat luar biasa daripada peminat. Keterujaan itu semakin terasa dari semasa ke semasa dan kami sendiri tidak sabar untuk menyaksikan malam tersebut menjadi kenyataan. Apa yang boleh kami katakan, ini bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi sebuah malam yang meraikan muzik, kenangan dan hubungan istimewa antara Ungu dan peminat mereka di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau lagi, penglibatan Marsha Milan juga bakal memberikan warna berbeza kepada keseluruhan pengalaman konsert.

“Apabila Ungu sendiri memilih Marsha sebagai artis jemputan, kami tahu kombinasi ini akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa. Kami percaya penonton akan dapat menyaksikan sebuah kolaborasi yang bukan sahaja kuat dari segi vokal, tetapi juga penuh ‘chemistry’ dan emosi,” ujar beliau.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement