Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”

Mya Amri
18/06/2024 11:55 MYT


Pelakon, Sky Iskandar, 29, akui teman wanitanya, model dan aktres, Nia Atasha antara yang teruja sebaik sahaja mendapat tahu dipilih membintangi filem Kahar Kapla High Council.


Penguat semangat

Menurut Sky, Nia sering memberikan kata-kata positif dan merupakan penguat semangat buat dirinya.

“Dia adalah antara yang teruja bila dapat tahu saya terpilih untuk berlakon dalam filem ini. Tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa gementar.

“Dia okay sahaja dan masa saya sertai sesi uji bakat dia juga tahu. Bagi saya dia adalah pembakar semangat saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

BERITA TRENDING: Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

BERITA TRENDING: Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!


Kahar Kapla High Council Bakal Cipta fenomena


Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan gelombang Kahar The High Council, Sky berkata dia tidak terfikir tentang perkara itu.

“Saya tak fikir sangat mengenai hal itu, apa yang penting sekarang adalah untuk menghayati momen di dalam filem ini.

“Saya juga sudah tidak sabar nak beraksi dan akan memberikan yang terbaik dan sepenuh tenaga saya untuk filem ini,” ujarnya.

Selain Sky, pelakon lain yang turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Thompson Goh fan Khenobu.

Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.

Kahar Kapla High Council yang diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Filem #Megat #Nia Atasha #Semangat #Kahar Kapla High Council #Sky Iskandar