Skip to main content

Viral

Kebimbangan Maryam Younarae Hilang Selepas Lihat Anak Dah Tahu Makanan Yang Boleh Dimakan Di Korea - “Dia Periksa Sendiri, Faham…”

Maryam Younarae

Sekilas

  • Maryam Younarae berkongsi rasa bimbang apabila anak sulungnya, Rina, perlu menyesuaikan diri sebagai seorang muslim di Korea Selatan.
  • Maryam lega apabila Rina mula faham dan memilih makanan yang sesuai mengikut agama di sekolahnya.
  • Pengalaman itu membuatkan Maryam rasa gembira dan hilang segala kebimbangan sebelum ini.

Personaliti media sosial, Maryam Younarae meluahkan rasa kebimbingan apabila melihat anak sulungnya iaitu Rina perlu menyesuaikan diri sebagai seorang muslim di Korea Selatan.

 

Menerusi perkongsian di Instagram, Maryam berkata sebagai seorang ibu sudah tentu dia berasa bimbang Rina akan mempersoalkan tentang makanan yang tidak blleh dimakan di sekolahnya. 

 

Bagaimanapun, Maryam menarik nafas lega apabila berlaku satu situasi yang menunjukkan Rina seakan sudah mula memahami agamanya.

 

“Setiap kali datang ke Korea ada rasa kerisauan dalam hati saya, ‘bagaimana kalau suatu hari nanti dia berasa sedih melihat orang lain makan makanan yang dia tidak boleh makan?’.

 

“Tetapi hari ini, dia periksa sendiri, faham dan letakkan makanan itu semula di rak kedai.

Kemudian, dia jumpa snek yang boleh dimakan dan senyum menunjukkan tanda gembira,” katanya. 

 

Isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim mengakui pengalaman tersebut membuatkan dirinya berasa gembira, sekali gus segala kebimbangan yang membelenggunya sebelum ini hilang begitu sahaja.

 

“Tiada kekecewaan, kesedihan tetapi yang ada cuma penerimaan yang tenang. Dan momen itu, menyentuh hatiku,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement