Skip to main content

Kemelut Berakhir, Farah Deluna, Bubu & Jenama Tudung Terkenal Pilih Berdamai - “Kita Semua Belajar Dari Kesilapan”

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Farah Deluna, Super Bubu dan jenama tudung Moonandstella telah menyelesaikan salah faham mereka secara baik melalui perbincangan bersama.
  • Farah menegaskan bahawa Bubu bukan seperti yang digambarkan di media sosial dan memohon orang ramai memberi ruang untuk mereka bergerak ke hadapan.
  • Farah juga mengajak semua pihak menghentikan kebencian dan serangan peribadi serta terus menyokong dengan hati terbuka.
Advertisement

Kemelut antara pempengaruh, Farah Deluna, Super Bubu dan jenama tudung terkenal akhirnya berakhir apabila kesemua pihak memilih jalan pendamaian.

Menerusi perkongsian di Threads, Farah berkata bahawa salah faham antara mereka telah diselesaikan secara baik melalui perbincangan bersama.

Advertisement

“Alhamdulillah, segala salah faham telah diselesaikan dengan baik antara saya, @super.bubu dan Moonandstella.

“Saya percaya apa yang berlaku hanyalah satu salah faham yang kini telah pun diperjelaskan,”tulisnya.

Menurut Farah, Bubu bukanlah seperti yang diperkatakan, malah dia memohon orang ramai untuk memberi ruang pada mereka.

Advertisement

“Bagi saya, Bubu bukanlah seperti gambaran yang sedang berlegar di media sosial. Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang untuk kami terus bergerak ke hadapan. Tiada siapa yang sempurna, dan kita semua belajar daripada setiap kesilapan,”ujarnya.

Dalam masa sama, Farah memilih untuk menerima dengan hati yang terbuka dan memohon agar segala kebencian serta kecaman dihentikan serta merta.

“Saya percaya kita semua mampu melihat perkara ini dari sudut yang lebih positif, terus menyokong dengan hati yang terbuka, serta menghentikan sebarang kebencian atau serangan peribadi. We are better than this. Fara sangat hargai setiap doa, teguran dan sokongan yang baik daripada kalian semua,”katanya lagi.

Terdahulu, nama Farah Deluna terpaling dengan kontroversi selepas didakwa menjadi punca akaun Instagram sebuah jenama tudung dinyahaktifkan.

Anda mungkin berminat dengan

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Push Up Bra 内衣 Plus Size Ice Silk Seamless Bra Women Sexy Mesh Fixed Up Cushion Comfort Non-wired Bra Baju Dalam Wanita

Push Up Bra 内衣 Plus Size Ice Silk Seamless Bra Women Sexy Mesh Fixed Up Cushion Comfort Non-wired Bra Baju Dalam Wanita

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

Must Watch Video

Advertisement