Skip to main content

Viral

Khairul Aming Dah Lama Tak Cuti, Kali Terakhir 'Holiday' Di London Dua Tahun Lalu - “Mengejutkan Tau, Saya Beli Tiket…”

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming berkongsi kali terakhir dia bercuti adalah pada September 2023 selama dua minggu di London bersama rakannya.
  • Walaupun kelihatan seperti melancong ke New Zealand dan Oman, Khairul Aming sebenarnya bekerja keras tanpa rehat sepanjang masa di sana.
  • Dia merancang untuk mengambil cuti pertama selepas dua setengah tahun selepas sambutan Raya tahun ini.

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming mendedahkan kali terakhir dia berehat dan bercuti pada September 2023. 

 

Menurut Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, dia mengambil cuti selama dua minggu ketika itu dan menikmati percutian bersama rakannya di London. 

 

“Kali terakhir saya dapat betul-betul bercuti pada September 2023… dua tahun tiga bulan lalu. Masa itu, saya ambil masa cuti selama dua minggu. 

 

“Saya bawa kawan, Luqman pergi London. Mengejut tau… saya beli tiket, cakap dekat dia ‘jom la, saya perlukan rehat’. Kami memang dapat cuti yang terbaik. 

 

“Lepas itu tak ada dah, saya tak rehat, tak bercuti,” katanya menerusi temu bual bersama BFM Radio baru-baru ini. 

 

Kongsi Khairul Aming lagi, biarpun wargamaya melihat dia pergi ke New Zealand dan Oman namun ia bukanlah percutian sebaliknya hanya bekerja sepanjang masa. 

 

“Ada orang nampak saya pergi di New Zealand, Oman… tapi saya kongsi dengan awak ya, saya tak kongsi benda ini di umum. 

 

“Bila saya pergi Oman, saya tidur dua jam saja masa trip tu. Sebab saya kena bangun awal pagi, pergi pasar Oman, shooting video dan semua. 

 

“Kami berada di luar dengan scorching hot temperature semua sepanjang hari sampai malam. Saya memang tak cuti lagi. 

 

“Saya tak rehat dari Januari tahun lalu. Jadi saya jangkakan percutian pertama saya selepas dua setengah tahun, lepas Raya tahun ini. Harapnya, saya cuba,” ujarnya. 

Sumber - Instagram BFM Radio

Must-Watch Video

Advertisement