Skip to main content

Selebriti

Konsert Bertembung Dengan Fauziah Latiff, Shila Amzah Kesal Tak Dapat Hadir - “Hampir 90 Peratus Lagu Dia Saya Tahu…”

Astrogempak

Sekilas

  • Shila Amzah meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menghadiri konsert Fauziah Latiff yang bertembung dengan jadual persembahannya sendiri.
  • Shila mengakui dia sudah meminati Fauziah sejak kecil dan hampir 90 peratus lagu penyanyi ikonik itu menjadi kegemarannya.
  • Shila turut mengucapkan terima kasih kepada Fauziah kerana karya-karyanya mewarnai zaman kanak-kanaknya dan menganggap Fauziah seperti kakak baginya.

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa kesal apabila tidak berpeluang menghadiri konsert idolanya, Fauziah Latiff yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila berkata dia pasti akan hadir sekiranya konsertnya tidak bertembung dengan persembahan penyanyi yang mesra disapa Kak Gee itu.

“Kalau konsert saya tak bertembung dengan konsert kak Gee, pasti saya sudah datang,”tulisnya.

Menurut Shila, dia sudah meminati Fauziah sejak kecil dan kebanyakan lagu penyanyi ikonik itu turut menjadi antara lagu kegemarannya.

“Hampir 90 peratus lagu-lagu dia saya tahu. Mak saya tahu betapa saya meminatinya sejak kecil lagi.

“Korang tak pernah tengok persembahan live dia dahulu sangat lincah dengan tarian dan pergerakan,”ujarnya.

Dalam masa sama, Shila turut merakamkan penghargaan kepada Fauziah kerana hasil karyanya telah mewarnai zaman kanak-kanaknya.

“Terima kasih kak Gee kerana telah menemani zaman kanak-kanak saya. Mak selalu cakap saya selalu panggil aunty Gee tetapi saya nak panggil kak Gee sebab itu bagaimana saya melihat awak,”katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement