,
Lifestyle

Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!

Azwa Rahman
05/07/2017
02:05 MYT
Terfikir nak buat rumah terbuka Aidilfitri tapi masih tak tahu nak masak apa? Kalau raya mestilah ada lemang dan rendang. Tapi apa kata kali ini anda cuba satu kelainan memasak rendang dan campurkan dengan beberapa biji buah Kiwi SunGold Zespri untuk rasa yang lebih enak! Confirm tetamu akan bertanya, apakah rahsianya rendang anda enak semacam. Selamat mencuba.

Rendang Ayam Buah Kiwi SunGold Zespri

Masa penyediaan: 20 minit Masa memasak: 1 jam
Bahan A10 g halia 10 g lengkuas 3 batang serai 5 bawang merah 3 ulas bawang putih 15 cili kering 80 g minyak
Bahan B700 g ayam 600 g santan kelapa 130 g kerisik 3 helai daun limau purut, dihiris 1 daun kunyit, dihiris ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil gula 2 Buah Kiwi SunGold Zespri, dihiris
Cara Menyediakan
  1. Masukkan bahan A dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
  2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga bangkit baunya, kemudian masukkan ayam dan santan kelapa.
  3. Masak di atas api kecil selama 30 minit, kacau selalu.
  4. Masukkan kerisik dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan masak selama 3 minit lagi.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan Buah Kiwi SunGold Zespri dan masak selama 3 minit lagi di atas api sederhana.
  8. Hidangkan semasa hangat.

Dabu-Dabu Ikan dengan Buah Kiwi Zespri

Masakan ikan dan buah kiwi.
Untuk 2 – 3 hidangan Masa penyediaan: 30 minit Masa memasak: 10 minit 2 potongan isi ikan tenggiri Minyak untuk menggoreng
Bahan Perap4 bawang merah, dikisar 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 2 sudu besar sambal cili 2 sudu besar minyak
Dabu-Dabu6 bawang merah, dihiris tebal 6-7 cili padi merah, dihiris 2 tomato hijau tanpa biji, dipotong dadu 2 tomato merah tanpa biji, dipotong dadu 5 limau kasturi, diperah jusnya 1 Buah Kiwi SunGold Zespri 1 Buah Kiwi Hijau Zespri ½ cawan minyak kelapa Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan
  1. Kisar bahan perap dan tumis beberapa minit hingga bangkit baunya. Sejukkan sedikit dan gunakan untuk perap ikan.
  2. Untuk membuat dabu-dabu, campur semua bahan kecuali minyak kelapa. Ketepikan.
  3. Goreng ikan dengan sedikit minyak dalam kuali leper. Sebaik sahaja masak, angkat dari kuali dan letakkan dabu-dabu di atas ikan.
  4. Panaskan minyak kelapa dan segera tuangkan ke atas ikan.
  5. Hidangkan panas-panas.

Buah Kiwi SunGold Zespri dengan air kelapa

Campuran air buah-buahan.
Untuk 2 – 3 hidangan Masa penyediaan: 10 minit 4 sudu besar madu 2 Buah Kiwi SunGold Zespri, dipotong dadu 2 kelapa muda, air dengan isinya, dihiris 8 kurma, dihiris 2 cawans kiub ais
Cara Menyediakan
  1. Masukkan madu, Buah Kiwi SunGold Zespri, air kelapa dan isinya ke dalam jag. Kacau.
  2. Seterusnya, masukkan kurma dan kiub ais. Hidangkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Hiburan

Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!

gempak
16/04/2024
07:00 MYT
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Hiburan

"Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

gempak
14/04/2024
12:55 MYT
Momen pelakon Bella Astillah beraya di kediaman ahli politik Syed Saddiq pada Ahad mencuri tumpuan ramai.
BorakSeeni