Skip to main content

Selebriti

Maryam Kongsi Keadaan Terkini Rian, Doktor Nasihat Buat Pemantauan 48 Jam - "Jangan Risau, Dia Dah..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Maryam berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Rian, selepas jatuh dari katil dan menjalani pemantauan ketat selama 48 jam seperti nasihat doktor.
  • Rian kini dilaporkan semakin pulih, sudah boleh makan, bermain, dan berkelakuan seperti biasa selepas tempoh pemantauan tamat.
  • Maryam mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan sepanjang tempoh mencemaskan tersebut.

Personaliti media sosial, Maryam berkongsi keadaan terkini anak keduanya, Rian selepas insiden  jatuh katil, baru-baru ini.

Menurut Maryam, doktor menasihatinya untuk membuat pemantaun ketat terhadap anaknya dalam masa 48 jam bagi melihat perkembangan kesihatan.

"Selepas kejadian tersebut, kami membawa Rian ke hospital dengan kadar segera. 

"Doktor nasihatkan kami untuk buat pemantauan terdekat dalam anggaran 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga,"tulisnya.

Bagaimanapun, Maryam berkata tempoh pemantauan tersebut telah berakhir dan kini anaknya sudah semakin sihat dan pulih seperti biasa.

"Alhamdulillah, pemantauan tersebut telah selesai dan Rian kini sudah semakin pulih. Dia sudah boleh makan, melihat, bermain, senyum dan berkelakuan seperti biasa," ujarnya.

Dalam masa sama, Maryam turut merakamkan penghargaan buat mereka yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kesayangannya itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat tentang Rian. 

"Segala sokongan telah memberi ketenangan pada  kami sekeluarga ketika detik  tertekan itu. Jangan risau. Rian dah sihat dan gembira," katanya lagi. 

Terdahulu, suaminya, Ryzal Ibrahim berkongsi detik cemas apabila Rian tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Ryzal mengakui dia berasa hiba melihat isterinya berulang kali memanggil nama anak mereka yang ketika itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement