Masked Singer 2

TMSM2: Akim? No! Bujang Senang Tu Sabhi Saddi Guys

gempak
Mya Amri
18/03/2022
14:51 MYT
Sponsor Banner
TMSM2: Akim? No! Bujang Senang Tu Sabhi Saddi Guys
Akhirnya terjawab sudah teka-teki pemilik disebalik kostum Bujang Senang.
Menyampaikan lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian asal Afgan, Bujang Senang merupakan penyanyi Sabhi Saddi.
Sebelum ini netizen agak keliru untuk meneka siapakah Bujang Senang kerana suaranya berubah-ubah.
Kini tiada lagi penyeri, gelagat nakal-nakal dan pencuit hati di The Masked Singer Malaysia 2.
Selain Bujang Senang, dua nama lagi yang berada di kedudukan terendah adalah Si Merak dan Ratu Semut.
Manakala kostum yang berada di kedudukan tiga tertinggi adalah Seladang, Orkid dan Burung Hantu.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024