Ringkasan AI
- Pelakon Riena Diana mengakui ada segelintir wanita yang gemar bercakap dengan nada tinggi atau menjerit.
- Riena berkongsi di TikTok bahawa sikap wanita sebegini sering menyebabkan lelaki mudah menjadi baran.
- Beliau menyifatkan wanita yang suka jerit dan manipulasi sebagai punca lelaki terasa teraniaya.
- Riena menjelaskan karakter Kamila dalam drama terbaharunya mempunyai sikap suka menjerit seperti itu.
- Menurut Riena, walaupun suara asalnya kecil dan halus, dia faham ada wanita yang suka jerit walaupun boleh bercakap dengan baik.
Pelakon Riena Diana mengakui terdapat segelintir wanita sememangnya gemar bercakap dalam nada yang tinggi atau menjerit.
Menerusi perkongsian di TikTok, Riena memberitahu ramai lelaki mula menjadi baran disebabkan daripada sikap wanita seperti itu.
“Percaya cakap saya, hakikatnya ramai lelaki dekat luar sana teraniaya dengan perangai perempuan gaslighting, manipulasi dan suka jerit sebab sengaja bangkitkan kemarahan lelaki. Setuju tak?” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Riena turut menjelaskan mengenai karakter Kamila dalam drama lakonan terbaharunya yang mempunyai sikap sebegitu.
“Suara saya pula memang kecil, halus. Jadi bila menjerit memang bunyi agak nyaring kan. Sebenarnya memang wujudnya perempuan yang sikit-sikit suka jerit.
“Sikit-sikit nak jerit. Memang lelaki dengar pun bingit. Itu adalah memang punca karakter itu diwujudkan. Saya faham perlu ke menjerit-jerit.
“Tapi memang ada perempuan yang sikit-sikit suka jerit. Kau boleh cakap elok tapi kenapa kau kena jerit bila bergaduh,” kongsinya.