Skip to main content

“Mungkin Dia Nak Pergi Tengok Mojoku Hilang” - Netizen Terhibur ‘Lembu Sesat’ Di Lebuh Raya Persekutuan

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Seekor lembu hitam putih dilihat berjalan di tengah Lebuh Raya Persekutuan, menyebabkan trafik perlahan pada 6 Julai 2026.
  • Rakaman lembu tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen yang mengaitkannya dengan filem romantik komedi terbaru, Mojoku Hilang.
  • Filem Mojoku Hilang, yang mengisahkan seorang lelaki dan seekor lembu bernama Mojo, akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai 2026.
Advertisement

Seekor lembu berwarna hitam putih mencuri perhatian selepas dipercayai berkeliaran di Lebuh Raya Persekutuan pada Isnin.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang memuat naik rakaman lembu berkenaan berjalan di tengah jalan sehingga menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

Advertisement

“Ya Allah, lembu siapa itu weh. Lokasi di Federal Highway pada 6 Julai 2026,” tulisnya.

Momen lucu itu turut mendapat perhatian netizen terutama pengguna jalan raya tersebut sambil masing-masing berkongsi rakaman lembu berkenaan.

Ada juga yang mengaitkan insiden itu dengan filem romantik komedi terbaharu, Mojoku Hilang.

“Mungkin dia tengah on the way nak pergi tengok wayang Mojoku Hilang.

“Dia nak pergi cari kawan dia dalam Mojoku Hilang,” seloroh netizen.

Untuk rekod, Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Bagaimanapun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films itu dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman serta ramai lagi, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement