,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: “Lebih Baik Saya Menipu Benda Yang mendatangkan Hasil Kepada Saya” - Shashic

Asyikin Mayudin
29/10/2024
02:55 MYT
Terdapat segelintir netizen yang masih mempersoalkan keadaan pelawak Shashic yang sememangnya mempunyai masalah pertuturan iaitu gagap primer (keturunan).

Keadaan gementar

Shashic menjelaskan masalah itu akan berlaku ketika dirinya berada dalam keadaan sangat gementar berada di atas pentas.

“Ada ja part saya gagap, tapi bukan setiap masa. Kalau atas pentas, dalam keadaan sangat gementar memang akan gagap. Kalau bila dekat luar, saya cakap awal-awal saja tapi lama-lama okay.

“Dulu lagi teruk, tapi bila sekarang dah banyak cakap, makin lama makin kurang la. Gagap ini takkan hilang,” kata Shashic kepada Gempak.

Tak menipu

Ahli kumpulan Sarkas ini juga menegaskan dia tidak akan menipu perkara yang tidak mendatangkan hasil kepada dirinya.

“Kalau saya nak tipu, bukan benda macam ini (gagap). Lebih baik saya menipu benda yang mendatangkan hasil kepada saya. Ikutkan saya dah beritahu benda ini banyak kali.

“Saya dah tahun ketiga dalam industri, masih lagi ada bertanya lagi benda ini. Kalau kita menipu benda yang menyempurnakan kita okay. Tapi untuk apa la saya nak tipu benda ini.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Cirit-Birit Sebelum Show, Shashic Syukur Kumpulan Sarkas Menang Minggu Keempat - “Memang Agak Teruk Juga Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Shashic & Filzah Selesa Sembunyikan 7 Tahun Percintaan – “Tak Ramai Suka…”

ARTIKEL BERKAITAN: #MLM2021: “Gagap Saya Ini Gagap Keturunan…Untuk Apa Saya Buat-Buat Gagap Kalau Benda Ni Buat Saya Menderita?” – Shashic

“Orang tak kenal kita, tak tahu keadaan kita. Tapi saya tak kecil hati, anggap hanya asam garam dalam industri. Positif ke negatif ke, saya tak ambil tahu.
“Sebab kalau positif, takut akan meninggi diri manakala kalau negatif, takut kita jatuh. Lebih baik kita jalankan hidup seperti biasa,” ujarnya.
Terdahulu, ada beberapa netizen meninggalkan komen di video temu bual Shashic bersama Gempak di TikTok mengatakan pelawak itu dilihat tidak gagap dan mampu bercakap dengan lancar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Balqis Terkilan Ibu Dituduh Ambil Barang Terlarang, Fazura Tampil Titipkan Pesanan - “Jangan Sedap Menghukum Tanpa…”

gempak
28/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Nur Fazura tampil memberi kata-kata semangat kepada aktres Puteri Balqis yang kesal dengan segelintir netizen melemparkan komen berbaur fitnah terhadap ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Terkini

Netizen Tak Senang Lihat ‘Kelab Larian’ Buka Baju, Hisap Rokok Elektronik - “Dah Keliru, Nak Promosi Gaya Hidup Sihat Ke Apa?”

gempak
28/10/2024
12:55 MYT
Menerusi perkongsian itu, kumpulan tersebut gemar membuka baju biarpun baru membuat larian sebanyak lima kilometer sahaja.
Hiburan

Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

gempak
28/10/2024
12:25 MYT
Berita perceraian pelakon dan pengarah Que Haidar bersama bekas isteri Linda Jasmine baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Viral

Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

gempak
28/10/2024
04:27 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Hiburan

Kualiti Nyanyian Sering Dikritik, Bella Astillah Tetap Positif – “Saya Terima Saja Dengan Hati Terbuka”

gempak
28/10/2024
02:54 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak berkecil hati apabila persembahan nyanyiannya di sebuah acara baru-baru ini mendapat reaksi negatif sesetengah pihak.
Anmum