Skip to main content

Pelakon Diari Ramadan Rafique Kini Usahawan Restoran Masakan Balkan

Diari Ramadan Rafique

Sekilas

  • Mirsad Hasan Kulasic, pelakon drama Diari Ramadan Rafique, kini mengusahakan restoran makanan Balkan bersama bapanya.
  • Video tentang restoran mereka tular di TikTok, memaparkan menu seperti Dalmatian Steak dan Beef Juven yang menarik perhatian netizen.
  • Ramai netizen terkejut dan mengenang kembali nostalgia menonton drama lakonan Mirsad dahulu.

Pelakon, Mirsad Hasan Kulasic menyorot perhatian netizen selepas tular videonya di salah satu akaun ‘content creator’ foodie di TikTok.

Mirsad yang sebelum ini popular menerusi drama Diari Ramadan Rafique kini bergelar usahawan dengan mengusahakan sebuah restoran bertemakan makanan Balkan bersama bapanya.

“Assalamualaikum, selamat datang ke restoran makanan Balkan pertama di Malaysia.

“Nama saya Hasan, saya dan bapa mengusahakan restoran ini.

“Dahulunya saya seorang pelakon dan terkenal menerusi drama Diari Ramadan Rafique,” kongsinya.

Menerusi video yang dimuat naik @klfoodie di TikTok, dapat dilihat beberapa menu makanan Balkan seperti Dalmatian Steak, Beef Juven dan banyak lagi yang membuatkan warganet terliur.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terkejut melihat perkembangan terkini Hassan.

Netizen turut mengimbau kembali zaman nostalgia mereka menonton drama yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.

“Itu dia? Buka kedai makan? Makin susahlah nak puasa nanti (netizen seloroh).

“Wahh Rafique dah besar.

“Dia besar, dulu selalu tengok dekat televisyen.

“Rindu tengok drama lakonan dia,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement