PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Ayah Selalu Minta Lihat Pakaian Dalam, Bimbang Nak Beritahu Ibu
Soalan
Hi Kak Gee, nama saya Z. Saya berusia 15 tahun dan merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Masalah saya, sejak usia 12 tahun saya sudah berasa layanan yang diberikan ayah kepada saya sangat berbeza.
Sebagai seorang gadis yang sedang membesar, saya malu setiap kali ayah mahu melihat pakaian dalam saya. Dia akan beri alasan untuk memastikan saya memakai bra dan seluar dalam dengan betul. Kadang kadang dia kata sebab nak tengok warna pakaian dan seluar dalam saya.
Selain itu, saya perasan ayah selalu mencuri pandang jika saya memakai seluar pendek atau skirt atau tuala selepas naik mandi.
Ada masanya dia juga menyentuh saya dengan cara yang tak biasa dan membuat saya tak selesa. Apa lagi sekarang usia saya 15 tahun, dia selalu ingin memeluk dan mencium saya dengan penuh ghairah.
Saya bimbang tapi takut nak beritahu ibu. Saya takut ibu tak percaya dan berasa saya hanya membuat cerita buruk tentang ayah sendiri.
Yang Benar,
Z
Jawapan
Hi Z. Kak Gee melihat masalah ini sangat serius ya. Untuk seorang lelaki yang bergelar bapa tapi kini membuat anak gadisnya tidak selesa adalah satu perkara yang patut diambil serius.
Kak Gee mahu anda beritahu individu yang paling anda percaya. Jika bimbang untuk memberitahu ini, mungkin boleh kongsikan bersama guru atau sesiapa yang sangat anda percaya.
Kemudian, cari kekuatan untuk beritahu ibu. Anda juga harus mengawasi diri sendiri dan selalu berhati hati agar sesuatu yang lebih buruk tidak berlaku.
Catat setiap kejadian buruk yang terjadi, misalnya tulis tarikh dan jam berapa bapa memandang atau menyentuh anda sebagai bukti.
Selebihnya, jika anda betul berasa terancam, jangan takut untuk membuat laporan polis.
Pada saat ini, keselamatan diri anda adalah lebih penting dari maruah keluarga atau segalanya. Cegah sebelum terjadi perkara buruk yang lebih teruk.
Kak Gee doakan Z sentiasa menjaga diri dan diberikan kekuatan untuk membongkar perlakuan tak elok bapa anda kepada ibu.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit Foto: ARRE
Must-Watch Video