Skip to main content

Selebriti

“Ramai Sebenarnya Hero Kesukaan Korang Yang Berlakon Baik Tetapi Realitinya…” - Ammar Alfian

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Ammar Alfian menegaskan bahawa watak lakonan tidak mencerminkan personaliti sebenar pelakon dalam kehidupan sebenar.
  • Beliau mengingatkan penonton supaya membezakan antara lakonan di televisyen dan sikap sebenar pelakon di luar set penggambaran.
  • Beberapa rakan artis yang sering membawa watak antagonis turut berkongsi pengalaman mereka tentang salah faham yang diterima daripada penonton.
Advertisement

Watak yang dibawakan seseorang pelakon sering membuatkan ramai penonton memberi tanggapan yang salah terhadap diri mereka di dunia sebenar.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon, Ammar Alfian selepas membalas komen seorang netizen yang menyifatkannya sebagai seorang yang peramah dan tidak 'poyo' seperti yang disangkakan.

Advertisement

“Korang terlalu taksub dengan watak dan lakonan seseorang pelakon itu sampaikan pelakon itu pegang watak jahat pun, korang ingatkan dalam realiti pun dia memang jahat,” katanya.

Menurut Ammar, orang ramai sepatutnya membezakan antara watak dan kehidupan sebenar seseorang pelakon kerana apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan semata-mata.

Malah, ada juga pelakon yang sering membawa watak baik, namun mempunyai sikap yang berbeza di luar set penggambaran.

Advertisement

“Ramai sebenarnya hero kesukaan korang yang berlakon jadi baik sampai tengok pun cair, tetapi realitinya perangai teruk. Yang itu korang tak nak bising pula.

“Kebanyakan orang kena tipu dengan selebriti yang fake ini. Saya sentiasa jadi individu yang jujur,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa rakan artis yang sinonim dengan watak antagonis turut bersetuju dengan pandangan Ammar dan berkongsi pengalaman mereka.

“Saya pelakon jahat dan muka pecah rumah,” seloroh Adam Corrie.

“Saya ini, mana-mana pergi mesti orang anggap saya ibu tiri, perempuan jahat dan bini neraka,” kata Zila Bakarin.

“Aku berlakon jahat, muka pun tak berapa nak hensem. Lagilah teruk kena kecam,” kongsi Adam Shah.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement