Skip to main content

Viral

Rembayung ‘Banjir’ Akibat Hujan Lebat, Khairul Aming Mohon Maaf Pada Pelanggan - “Selamat Datang Ke Rembanjir…”

Khairul Aming

Sekilas

  • Restoran Rembayung milik Khairul Aming mengalami kebocoran selepas hujan lebat menyebabkan pelanggan terpaksa berpindah tempat duduk.
  • Khairul Aming memohon maaf atas kesulitan dan mengesahkan punca kebocoran akan diperbaiki segera pada malam yang sama.
  • Sikap tenang dan jenaka Khairul Aming mengenai insiden itu mendapat pujian ramai netizen.
Advertisement

Restoran milik usahawan dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming iaitu Rembayung berdepan insiden kebocoran selepas hujan lebat melanda pada petang Sabtu.

 

Advertisement

Difahamkan, air mula menitis masuk ke dalam premis sehingga menyebabkan beberapa pelanggan terpaksa berpindah tempat duduk demi keselamatan dan keselesaan.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming atau mesra disapa KA tampil memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas serta mengakui situasi tersebut agak tidak selesa buat mereka.

 

“Mohon maaf pelanggan yang tak selesa makan petang tadi (Sabtu) sebab kena pindah meja. Hujan tersangat-sangat lebat sampai leaking masuk dalam kedai.

 

“Alhamdulillah leaking dah berhenti dan sesi makan malam bersambung seperti biasa. Punca leaking akan kita terus repair malam ni (Sabtu),” kongsinya.

 

Dalam masa sama, seorang wargamaya yang berada di restoran berkenaan turut memuat naik keadaan lantai premis yang dilihat dipenuhi air sehingga disifatkan seperti ‘banjir kecil’.

 

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah sikap tenang KA yang masih sempat berseloroh mengenai insiden tersebut.

 

“Selamat datang ke Rembanjir…” tulisnya secara bersahaja.

 

Tindakan itu mengundang reaksi positif ramai yang memuji sikap bertanggungjawabnya kerana cepat memohon maaf selain mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement