Skip to main content
Advertisement

Respon Spontan M. Nasir Di Komen TikTok Cuit Hati Netizen

Astro Gempak 310

Sekilas

  • Datuk M. Nasir memuat naik foto Aidilfitri lengkap berbaju Melayu di TikTok dengan lagu raya popularnya, Satu Hari Di Hari Raya sebagai latar muzik.
  • Beliau membalas komen netizen yang menyindir penggunaan lagu sendiri dengan balasan spontan yang mengundang gelak tawa ramai.
  • Ruangan komen dipenuhi reaksi lucu dan pujian netizen terhadap gaya jenaka santai M. Nasir yang dianggap menghiburkan.
Advertisement

Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M. Nasir mencuri perhatian ramai selepas respon spontannya di TikTok mengundang gelak tawa netizen.
Menerusi satu hantaran di TikTok, M. Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, 68, memuat naik foto dirinya lengkap berbaju Melayu sempena Aidilfitri. 

Lebih menarik, M. Nasir turut menggunakan lagu raya popular nyanyiannya sendiri, Satu Hari Di Hari Raya sebagai latar muzik.

Advertisement

Namun, apa yang benar-benar mencuit hati ramai adalah balasan bersahaja terhadap komen beberapa pengguna.

“Peh pakai lagu sendiri,” tulis netizen tersebut.

Tidak menunggu lama, M. Nasir tampil membalas komen tersebut. 

Advertisement

“Habis tu nak pakai lagu DJ Dave?” balasnya.

Komen ringkas itu nyata menghiburkan ramai apabila ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi lucu daripada peminat.

“Sejak jadi cameo dalam Sepahtu Reunion, terus jadi lawak!

“Tok Naser boleh join Maharaja Lawak.

“Lawak ‘style’ bapa-bapa, memang win!” komen beberapa netizen. 

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

Must Watch Video

Advertisement