Laman Utama
Achey 5 Kali RTK Negatif, Vida Komen Bintang Big Stage, Perang Cef Wan & Shikin Maembong? Ini Antara Menarik Sepanjang Isnin
No more Monday blues! Hari ini pelbagai perkara dan situasi yang berlaku terhadap selebriti hiburan tanah air.
Tidak kiralah sama ada dari segi kontroversi mahu pun kehidupan harian. Jadi sebelum Isnin melabuhkan tirai, mari kita recap apa story menarik sepanjang hari ini.
#1. Kontroversi pergaduhan Cef Wan dan Shikin Maembong
Bekas menantu Datuk Chef Wan, Shikin Maembong tampil menjawab tuduhan yang mendakwa perkahwinannya bersama Cef Riz menggunakan duit bapa mentuanya.
Menafikan dakwaan terbabit, kata Shikin perkahwinannya bersama Cef Riz sebelum ini menggunakan duit mereka sendiri.
#2. Cef Wan bidas balik kenyataan Shikin Maembong
Bekas mentua Shikin Maembong, Datuk Chef Wan tampil membidas semula kenyataan bekas menantunya itu yang mendakwa perkahwinan mereka menggunakan sepenuhnya duit simpanan dan hasil perniagaan sendiri.
Jelas Chef Wan, kenyataan yang dimuatnaik oleh Shikin dalam bentuk video di Instagram itu tidak tepat dan berani mengemukakan bukti bahawa setiap perbelanjaan perkahwinan anaknya, Cef Riz dan Shikin ditaja olehnya.
#3. Kenapa Vida beri komen pada bintang Big Stage?
Pada penganjuran konsert ketiga Big Stage 2022 semalam, Vida dilihat kurang membaca komen-komen menerusi ciapan yang dihantar oleh netizen di Twitter.
Sebaliknya, dia memberi komen dan kritikan kepada peserta yang telah membuat persembahan mengikut pandangan peribadinya.
Hal ini menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen yang mempertikaikan tindakan Vida sebagai sesuatu yang kurang bersesuaian dengan tugas hakikinya.
#4. Achey lima kali RTK negatif, rupanya…
Selepas beberapa hari mengalami masalah kesihatan akhirnya pelawak, Achey disahkan positif COVID-19.
Menurut Achey, dia telah melakukan ujian RTK sebanyak lima kali namun hasilnya tetap negatif.
Namun disebabkan mempunyai gajala yang agak teruk, Achey kemudiannya tekad melakukan ujian PCR.
#5. Isteri fizo hamil tapi apa kaitan dengan Janda Baik?
Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi sepotong video di Instagram miliknya pada Ahad, Fazeera membuat kejutan buat Fizo dengan memberikan alat ujian kehamilan.
BACA: "Serious? So, Made In Janda Baik Lah Ni?" - Fizo Omar Terkejut, Isteri Rupa-Rupanya Bunting Pelamin