Laman Utama

"Kita Tengok Siapa Bakar Siapa Nanti" - Chef Wan Berani Tunjuk Bukti Sponsor Kahwin Shikin Maembong & Cef Riz, Minta Jangan Kurang Ajar!

gempak
Amri Hassan
21/02/2022
05:31 MYT
Sponsor Banner
"Kita Tengok Siapa Bakar Siapa Nanti" - Chef Wan Berani Tunjuk Bukti Sponsor Kahwin Shikin Maembong & Cef Riz, Minta Jangan Kurang Ajar!
Bekas mentua Shikin Maembong, Datuk Chef Wan tampil membidas semula kenyataan bekas menantunya itu yang mendakwa perkahwinan mereka menggunakan sepenuhnya duit simpanan dan hasil perniagaan sendiri.
BACA: "Tak Ada Satu Sen Pun Duit Bapa Mentua Saya" - Shikin Maembong Bidas Kenyataan Chef Wan, Anggap Fitnah
BACA: "Besar Sangat Ke Kepala Sampai Tak Boleh Tegur?"- Chef Wan Terima Surat Saman Malu Dari Shikin Maembong
Jelas Chef Wan, kenyataan yang dimuatnaik oleh Shikin dalam bentuk video di Instagram itu tidak tepat dan berani mengemukakan bukti bahawa setiap perbelanjaan perkahwinan anaknya, Cef Riz dan Shikin ditaja olehnya.
"Such a liar! I asked my son semasa reception wedding di Ombak Asmara tu jika tak salah dinner for about 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan? I can bring my saksi-saksi ketika itu dan beberapa yang lain yang ikut sama to help me arrange this ceremony and paid them my self!
"I am sure i still can find the cheque bud itu. I dont fitnah this stupid person with her innocent face trying to accused me. Please bring out that pathetic looking bulu mata palsu la Shikin jika nak cakap pun sampai tak boleh nak angat biji mata itu nak buat muka sedeh mcm tu! Such lakonan drama dia ini.
"Mesti owner of Ombak Asmara Restaurant in Ampang itu pun tahu. Termasuk saksi-saksi tetamu yang datang malam itu yang tahu saya uruskan itu semua," tegasnya.
Dalam pada itu, Chef Wan mendedahkan semula kisah sebenar situasi kewangan anaknya yang tidak mempunyai belanja yang mencukupi untuk perkahwinan bersama Shikin beberapa tahun lalu.
"Sorry my son did not have the money to marry u at the time ( I asked him kau nak kawin dengan b*tina ni cukup duit tak? Dia jawab 'No Pa', so I decided to help and arranged everything termasuk juga his first marriage saya taja 100%.
"Instead I choose to help them both get married secepat mungkin after saya dengar macam-macam cerita di belakang saya.
"Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kawin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon difitnah?
"Hello ini CW la....Satu dunia tahu my generosity and kindness. Kita miskin juga asal dari sampah sarap tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dengan orang tua apa lagi to bite the hand that once feed you and your family.
"It's a disguting, shameful and embarrassing behaviour! I will proof apa yang dicanangkan satu dunia ini kononnya fitnah kita tengok siapa yg bakar siapa nanti!" katanya.
Nasihat Chef Wan lagi agar Shikin berpijak pada bumi nyata dan tidak membebankan anaknya dengan meminta nafkah demi menghantar cucunya ke sekolah swasta.
"Janganlah gila nak hantar anak tu pergi international school konon jika my son cannot afford the expensive tuition fee sampai ugut nak duit anak nafkah yang banyak and use that as one of the reason my son was not allowed to see my grand daughter? Sedar la diri awak itu asal usul dari mana?
"Just because you are married to some one berada now. Wow anak nak pi international school then biar la bapa tiri tu yang bayar fee jika nak sangat?
"Bersepah anak orang pergi sekolah biasa tak ada masalah pun. Please dont use money as revenge. It really show the ugly side of u now. Berani kerana benar!" tambah Chef Wan lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live