Hiburan

Ada Dakwa Tyzo Minta Gaji Tinggi?

Gempak
14/01/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
Ada Dakwa Tyzo Minta Gaji Tinggi?
Nama Tyzo Xander menjadi bualan hangat di media sosial selepas kontrak di sebuah stesen radio swasta ditamatkan Jumaat.

BERITA TRENDING: Tyzo Dedah Dipaksa Undur Diri Jadi Penyampai Radio - “Minta Maaf Ini Bukan Keputusan Saya”

Memetik laporan Malaysia Gazette, faktor kontrak Tyzo tidak disambung gara-gara dia meminta kenaikan gaji tinggi selepas memenangi anugerah selain mendapat tawaran di stesen radio lain.
Atas keputusan itu, Tyzo sedia menyambung kontraknya dengan memberi pelbagai syarat termasuk akan berkhidmat pada tempoh tertentu dan boleh meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.
Pihak sumber manusia syarikat hanya mampu memberi sedikit kenaikan dan tidak dapat memenuhi apa yang diminta Tyzo itu.
Bagaimanapun, selepas keputusan itu dibawa kepada pengurusan tertinggi syarikat telah berpendapat agar tidak menyambung kontraknya dan mencari penyampai yang baharu.
Kekecohan yang tercetus sejak Jumaat lalu turut menarik perhatian beberapa selebriti dan penyampai radio untuk tampil mengulas.

PILIHAN PEMBACA: “Nama Tyzo Pun Kau Tak Hantar Untuk ABPBH 2023 Walaupun…” - Penyampai Radio Selangor FM

Namun, DJ Lin berkata, satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari minggu depan untuk menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

BERITA TRENDING: "Saya Akan Jelaskan Di Sidang Media Jumaat Depan" - DJ Lin

Tyzo yang sudah hampir dua dekad berkecimpung dalam industri radio, pernah meninggalkan Suria FM pada 2012. Namun, Tyzo kembali semula ke stesen berkenaan pada 2016.
Tyzo menyertai dunia penyiaran menerusi stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.
Dia pernah menyumbang khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.
Sumber: Malaysia Gazette
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar