Hiburan

Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

Umirah Halim
18/10/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

Pelakon Ummi Nazeera berkongsi pengalaman pernah diejek sewaktu di bangku sekolah.

Diejek 'Godzilla'

Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin mendedahkan, disebabkan fizikalnya yang agak berisi dan tinggi ada yang memanggil dirinya sebagai ‘Godzilla’.

“Dulu semasa saya kecil dalam umur 11 tahun..badan saya berisi sebab saya tinggi. Memang ada orang body shame saya ketika itu dengan memanggil saya godzilla.

"Sebenarnya badan saya tidaklah begitu besar cuma saya tinggi.

"Sudah semestinya saya rasa sangat triggerd. Yang cakap itu pula budak lelaki. Macamlah saya gemuk sangat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media drama Andai Tiada Dia yang berlangsung di Restoran Rebong, Kuala Lumpur pada Khamis.

BERITA TRENDING: Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

BERITA TRENDING: “Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen

BERITA TRENDING: Tak Pernah Keluar Duit Untuk Keperluan Rumah, Ini Pesanan Neelofa Untuk Pasangan Bakal Berkahwin - “You Nak Kahwin, Husband Kena Sediakan Rumah…”

BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Dalam pada itu, aktres berusia 33 tahun itu mengakui perkara berkenaan telah memberi kesan terhadap keyakinan dirinya sewaktu itu.

Bagaimanapun, Ummi tetap kuat untuk menghadapinya kerana mempunyai seorang abang yang bertindak menjadi pelindung diri.

“Ia mengganggu keyakinan diri saya terutama apabila berlaku pada usia muda.

“Tetapi disebabkan saya ada seorang abang yang berada di sekolah yang sama dan lindungi saya, jadi perkara itu tidaklah begitu mengganggu saya sehingga tidak mahu ke sekolah,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu berkongsi, dia kini sudah tidak lagi menerima sebarang kritikan malah gembira dengan tubuh badannya sekarang.

“Masih dalam BMI normal dan saya gembira dengan tubuh badan saya sekarang.

“Sekarang saya tak pernah terima sebarang body shaming malah ada yang minta saya kongsikan tips bagaimana untuk menurunkan berat badan.

“Tetapi saya sangat tidak setuju dengan body shaming terutamanya apabila ia berlaku di sekolah.

“Tetapi hal tersebut telah membentuk saya. Ia berlaku ketika usia saya 11 tahun, pada umur 12 tahun saya terus kurus,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ummi tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 21 Oktober ini.

Drama yang penuh dengan emosi ini mengisarkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilema untuk mendapatkan zuriat, ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga.

Selain Ummi, drama tersebut turut dibintangi Hisyam Hamid, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024