Laman Utama

“Ala Nak Jijik… Bila Mak Ayah Sakit Mungkin Kita Pegang Juga” - Baby Shima Komen Isu Ramas Najis

Mya Amri
15/06/2021
01:21 MYT
Sponsor Banner
“Ala Nak Jijik… Bila Mak Ayah Sakit Mungkin Kita Pegang Juga” - Baby Shima Komen Isu Ramas Najis
Penyanyi dan pelakon, Baby Shima tampil menjawab dakwaan sengaja mencipta kontroversi dengan memegang najis dalam mangkuk tandas yang dipaparkan secara terbuka menerusi Instagramnya.
Walaupun video pendek itu merupakan babak dalam filem berjudul Nasi Kangkang, namun ramai yang memberikan komen negatif dan beranggapan Baby Shima tidak mengendahkan sensitiviti penonton.
Tidak cepat melatah, Shima menjelaskan tidak pernah terfikir atau merancang untuk menjadi viral semata-mata mahukan populariti.
“Saya pun tak pernah rancang benda ni nak viral atau tidak. Seperti biasa, saya akan memuat baik kontent seminggu sekali di YouTube.
“Kalau benda tu viral... Alhamdulillah, cerita tersebut mampu menarik perhatian, kita tak boleh merancang kalau bab viral ni. Yang tentukan pun adalah netizen,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.
Mengulas mengenai babak tersebut, Shima menyatakan dia tidak mempunyai rasa malu untuk melakonkan aksi berkenaan kerana mahu menghasilkan keberkesanan lakonan yang terbaik.
“Ala nak jijik nanti semua orang akan pegang juga bila ada bayi dan bila mak bapa kita sakit mungkin kita akan pegang juga.
“Setakat najis kucing dah biasa pun bersihkan. Apa-apa pun kalau nak tahu najis itu betul atau tak nanti tengok di YouTube saya ya ada disebalik tabir.
“Tak malu pun, bukan saya buat benda yang salah dan satu lagi itu cuma lakonan.
“Seperti biasa setiap pengarah atau pelakon pasti akan mempromosikan hasil karya mereka, buat apa nak malu untuk promosi hasil karya sendiri,” katanya.
Terdahulu, sebahagian babak filem itu merakamkan aksi Shima mengambil najis untuk dijadikan ramuan masakan nasi tangas.
Nasi kangkang atau nasi tangas ini merujuk kepada amalan ilmu sihir untuk menundukkan suami.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar