HIBURAN
“Bapa Saya Sebenarnya Tak Nak Saya Jadi Seorang…” - Mia Sara Shauki
Pelakon Mia Sara Shauki mendedahkan bapanya yang juga seorang aktor iaitu Datuk Afdlin Shauki tidak mahu dirinya menceburi dunia seni.
Pengalaman dalam industri
Menerusi video temu bual di TikTok Just Humans (Humans of KL), pelakon berusia 25 tahun ini memberitahu ia mungkin disebabkan pengalaman bapanya dalam industri seni.
“Bapa saya sebenarnya tak nak saya menjadi seorang pelakon. Saya rasa ia disebabkan datang daripada pengalaman.
“Saya tahu dia cakap itu sebab dia sudah lama berada dalam industri. Dia sudah lihat banyak perkara dan dia sendiri macam kalau nak hidup gembira, kehidupan stabil, jangan jadi pelakon,” ujarnya.
Berlakon teater
Pada perkongsian lain, Mia turut mengakui dia lebih seronok bekerja dalam dunia teater berbanding stesen TV dan filem.
“Banyak benda positif dan juga banyak negatif. Bagi saya, mungkin bekerja dalam dunia teater lebih seronok.
“Saya rasa lebih banyak pengalaman menyeronokkan berbanding dengan TV dan filem,” ujarnya.
@humansofkl.official Why My Dad Didn't Want Me to Be an Actress Mia Sarah opens up about the real struggles of the acting world — and why her own father warned her against it. Is passion enough to survive the industry? #ActingLife #ParentalAdvice #CareerTruths #BehindTheScenes #ActingStruggles #JustHumans #HumansOfKL #MiaSarah #CreativeCareers #LifeDecisions #PodcastReels ♬ original sound - Just Humans (Humans of KL)
Must-Watch Video