Gaya Hidup

Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

Firdaus
15/07/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus
"Air di dalam baldi yang diminum kucing boleh dibuat wuduk," jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan persoalan dalam kesucian perlaksanaan wuduk dalam kalangan umat Islam.

Berwuduk Guna Air Sisa Minuman Kucing

Memetik hadis riwayat Imam Syafie, Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa air sisa yang diminum oleh haiwan selain babi dan anjing adalah suci untuk dibuat wuduk menurut Islam.

"Imam Syafie meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW pernah bercerita apabila datang anjing minum air di dalam baldi, hendaklah dibuang air dan basuh baldi itu sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan itu adalah air tanah.

"Jikalau haiwan tersebut adalah kucing, maka air berkenaan suci dan boleh dibuat wuduk. Dari segi fekah mazhab, seluruh binatang selain babi dan anjing adalah suci belaka," jelasnya.
Seperti yang sedia maklum, Islam mengharamkan menyentuh atau memelihara haiwan seperti babi dan anjing.

BERITA TRENDING:‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​BERITA TRENDING:Bermusafir Tak Perlu Solat Jumaat? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

​BERITA TRENDING: Tidur Dengan Anak Patung Seperti Teddy Bear Haram Kata Ustaz Azhar Idrus

​BERITA TRENDING:Ditanya Hukum Merokok Sambil Buang Air Besar, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memiliki anjing bukan anjing bagi tujuan berburu, dan bukan tujuan menjaga binatang ternak, bukan juga bagi tujuan menjaga ladang, maka yang demikian itu menyebabkan pahalanya berkurangan dua qirath (satu qirath seperti gunung uhud) pada setiap hari," — Hadis Riwayat Muslim
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar