HIBURAN
Anthrax, AC/DC Sifatkan Ozzy Osbourne Ciptaan Terindah: “Ozzy Forever”
Kematian Osbourne disambut penuh duka oleh rakan seperjuangan termasuk anggota kumpulan Metallica dan peminatnya.
Akaun X Black Sabbath memaparkan foto Osbourne daripada persembahan dengan tulisan: “Ozzy Forever!”
Kematian Ozzy Osbourne disambut penuh duka oleh rakan seperjuangan termasuk Metallica, AC/DC dan Anthrax yang ikut berbelasungkawa di pelbagai platform media sosial.
Anthrax malah mengatakan terasa sangat dihormati kerana telah berpeluang satu pentas sewaktu konsert farewell atau selamat tinggal bersama Black Sabbath pada awal bulan ini.
Band metal Amerika Syarikat ini menyifatkan Black Sabbath sebagai ciptaan terindah.
“Berita yang kita terima hari ini sangat mengejutkan dan menyedihkan. Ozzy terima kasih untuk segalanya. Kami tidak akan berada di sini tanpa anda,” kata Anthrax seperti dilaporkan BBC.
Akaun Instagram AC/DC turut berduka cita dengan menulis: “Terlalu sedih. Satu kehilangan yang cukup besar kepada semua yang meyayanginya.”
Akaun X Black Sabbath pula memaparkan foto Osbourne daripada persembahan dengan tulisan: “Ozzy Forever!”
Terdahulu pesohor heavy metal terkenal dunia, Ozzy Osbourne dilaporkan meninggal dunia hanya selepas dua minggu mengadakan konsert farewell atau selamat tinggal bersama band miliknya, Black Sabbath.
Osbourne meninggal dunia pada usia 76 tahun di samping anggota keluarganya, lapor BBC.
“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa sedih kami untuk mengumumkan insan kesayangan, Ozzy Osbourne telah meninggal dunia pagi ini. Dia dikelilingi keluarganya pada perjalanan terakhir,” ujar kenyataan yang dikeluarkan keluarga.
Ironi, Osbourne baru menghiburkan lebih 42,000 peminatnya menerusi konsert Back To The Beginning yang berlangsung di StadiumAston Villa di Birmingham.
Ia merupakan konsert reunioin Black Sabbath selepas 20 tahun bersama anggota yang lain iaitu Tony Iommi, Terence "Geezer" Butler dan Bill Ward.
“Anda tidak mempunyai idea bagaimana saya rasa tentang konsert ini. Saya sangat berterima kasih,” ujar Osbourne pada konsert tersebut.
Osbourne diketahui bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk didiagnos parkinson pada tahun 2019.
Must-Watch Video