Hiburan

Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

Umirah Halim
14/06/2024
09:28 MYT
Sponsor Banner
Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya
Kisah percintaan aktres dan pengacara jelita, Amelia Henderson bersama aktor Aedy Asyraf dilaporkan sudah berakhir baru-baru ini.
Perkhabaran tersebut telah menjadi bahan bicara netizen di media sosial sekaligus menarik perhatian orang ramai untuk cuba mendekati pelakon drama I.D tersebut.

Ciri-ciri lelaki Amelia mahukan

Ketika diusik mengenai ciri-ciri lelaki yang diminati, Amelia atau nama lengkapnya Amelia Thripura Henderson, 28, bagaimanapun berkata dia hanya mahukan seseorang yang boleh membahagiakan dirinya.
"Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa, baik, gembirakan saya. Apa yang penting untuk sekarang ini saya bukan mencari relationship saya mencari rezeki untuk bekerja," katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

Berita Trending: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia…

Berita Trending: “Kena Beritahu Kita Single” - Amelia Christie Akui Sudah Solo, Mahu Cari Lelaki Sopan Santun

Berita Trending: Demi Improve Skil Lakonan, Amelia Henderson Sanggup Lakukan Perkara Ini Ketika Berlakon i.D

Berita Trending: “Dia Sangat Cantik, Dia Bijak” - Akui Rapat Dengan Amelia Henderson, Aedy Jawab Soal Kahwin & Perancangan Masa Depan

Sementara itu, Amelia turut berpendapat bahawa paras lupa bukanlah ciri-ciri yang menjadi keutamaannya.
"Saya tak pernah terfikir sangat pasal benda (paras rupa) tu, sebab saya rasa isi hati tu lagi bertahan daripada rupa, penampilan saya yang sebegini pun tidak akan kekal buat selama-lamanya.
"Tidaklah berupa sangat cuma saya berharap dapat jumpa seorang yang boleh hargai saya dan bukan dia minat sebab rupa saya tetapi sebab isi hati saya," tambahnya lagi.
Bagaimanapun, Amelia memaklumkan bahawa dia masih lagi belum bersedia untuk menerima sesiapa sebagai teman istimewa dalam masa yang terdekat.
Terdahulu, Amelia telah membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan aktor, Aedy Ashraf yang dikatakan tidak lagi akrab seperti sebelum ini.
Untuk info, difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy sendiri membuat hantaran seperti patah hati dalam akaun media sosialnya.
Tidak berakhir di situ, pada April tahun lalu, hubungan istimewa dia pelakon itu kembali terjalin dan Aedy berharap hubungan mereka akan lebih serius berbanding sebelum ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar