Hiburan
Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”
Penerbit, Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu pelakon Wanna Ali teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin.
Wanna bukan penyondol atau gila publisiti
Tampil mempertahankan anaknya, Ayu dengan tegas menafikan dakwaan Wanna sengaja mencari publisiti dengan mengambil kesempatan di atas isu rumah tangga pasangan selebriti Fattah dan Fazura.
Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Ayu meminta agar netizen tidak memberikan kata-kata yang tidak baik terhadap Wanna selain menjaga adab dalam memberikan komen.
“Kalau tak suka pun janganlah sampai maki-maki anak orang tahap itu. Dia bukan penyondol atau tak sensitif atau nak publisiti.
“Jangan pakai ayat-ayat ni, dia orang pandai, orang baik hati juga. Anak yang baik kepada saya. Jagalah tulisan dan adab nak komen pun,” tegasnya.
Posting Wanna hanya kebetulan
Dalam hantaran yang sama, Ayu juga menjelaskan mengenai posting yang dilakukan Wanna berkaitan dengan Fattah.
Kata Ayu, perkongsian itu sudah dijadualkan terlebih dahulu dan semua yang berlaku adalah secara kebetulan.
“Mohon ya netizen, masing-masing ada artis kesayangan. Wanna Ali anak saya ini bukan sembarangan posting.
“Promo itu semua sudah dijadualkan, semua kebetulan. Drama sedang tayang, dia kerja,” jelasnya.
Terdahulu, tindakan Wanna berkongsi foto bersama Fattah bagi mempromosikan drama lakonan mereka di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen.
Lebih-lebih lagi apabila tarikh yang dikongsi itu merupakan hari Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya pada pagi Jumaat.
Netizen mendakwa Wanna seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi hantaran tersebut pada waktu yang salah.
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”
ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen Anggap Wanna Ali Tak Sensitif - “Kalau Awak Ambil Berat Fasal Kak Fazura & Hormat Dia, Tolong Delete”
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura
ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular
Bagaimanapun, Wanna kemudiannya tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Kata Wanna perkongsian foto bersama Fattah sudah ditetapkan jadual sehari sebelum hari Jumaat untuk dikongsikan di Instagram miliknya.