Hollywood

Anak Kedua Baru 10 Bulan, Rihanna Jawab Spekulasi Hamil Lagi: “Saya Akan Anxiety”

Maliah Surip
13/06/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Anak Kedua Baru 10 Bulan, Rihanna Jawab Spekulasi Hamil Lagi: “Saya Akan Anxiety”
Sejak beberapa minggu lalu khabar angin mengenai penyanyi Rihanna hamil kali ketiga sempat tersebar luas.
Sedar mengenai isu yang bertebaran, Rihanna dengan santai menjawab spekulasi dirinya hamil.
Rihanna mendakwa dirinya tidak hamil dan sedang meraikan kehidupan bersama pasangan, A$AP Rocky dan dua anak lelaki mereka, RZA, 2, serta Riot, 10 bulan.
“Jika anda mahu tanya ‘adakah saya sedang hamil? Jawapannya tidak.’”
“Tapi semestinya saya mahu membesarkan keluarga kami,” katanya seperti dilaporkan People.

BERITA TRENDING: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

BERITA TRENDING: Anak Sulung Baru 9 Bulan, Rihanna Hamil Lagi

Meski demikian, kata pesohor berusia 36 tahun tersebut, buat masa ini dia tidak mempunyai agenda untuk hamil.
Menerusi temu bual bersama E! News, Rihanna juga menjawab isu kehamilan dalam nada berseloroh.
“Bolehkah saya mendapatkan bentuk badan atau six pack saya dahulu?”
“Dan beri saya peluang pergi ke festival pada musim panas ini dahulu,” katanya lagi.

Marah kalau hamil

Menurut pelantun S&M itu lagi sekiranya benar-benar hamil secara tidak sengaja, dia tidak akan marah.

“Saya tidak akan marah. Saya mungkin akan takut.

“Saya mungkin akan menangis dan rasa anxiety untuk satu hari namun semuanya akan kembali normal keesokkan hari.

BERITA TRENDING: Rihanna Hamil Anak Ke-2, Payung Baby Bump Di Acara Super Bowl 2023

BERITA TRENDING: Rihanna Tayang Anak Di TikTok Lepas 7 Bulan Jadi Ibu

BERITA TRENDING: Tak Beli Baju Ibu Hamil, Rihanna: “Badan Saya Sedang Bekerja Dengan Hebat

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar